RSS

Oppo R1X

17 Dec

Peranti pertama yang kami ulas di makmal Amanz ialah Oppo N1. Peranti unik dengan kamera berputar tersebut menjadi pengenalan bagi rakyat Malaysia dengan pengeluar dari tanah besar China ini. Dalam masa kurang setahun nama Oppo kini dikenali dari penduduk bandar hinggalah ke penduduk kampung. Apabila berjalan di ibu kota papan tanda gergasi Oppo dapat dilihat dengan mudah. Rancangan TV serta acara sukan popular ditaja dan Oppo semakin mendapat tempat di kalangan pengguna Malaysia. Menurut angka terbaru IDC, Oppo kini jenama peranti pintar paling laku di Malaysia di hadapan jenama lebih ternama seperti Apple dan Blackberry. Oppo R1X ialah sebuah lagi peranti yang cuba menarik perhatian pengguna tempatan. Tidak seperti peranti Oppo lain yang kami lihat sebeluj ini, R1X mempunyai rekabentuk yang lebih premium. Panel belakang yang diperbuat daripada kaca R1X mempunyai corak seperti kristal. Rekaan ini bukan sahaja cantik tetapi membuatkannya kelihatan menarik berbanding majoriti peranti di pasaran sekarang. Rekaan R1X pada hemat kami menggabungkan elemen Xperia Z2 dan iPhone 4S. Panel berkaca pada bahagian belakang yang kami katakan sebelum ini membalikkan cahaya dengan corak yang menarik. Parameter peranti pula mempunyai kemasan logam. Skrin 5″ IPS LCD dengan resolusi 720P digunakan. Pilihan resolusi yang agak aneh kerana kami mengharapkan sebuah peranti dengan panel belakang yang cantik sepatutnya dipadankan dengan skrin hadapan beresolusi lebih tinggi. Ia diperkasakan pemproses 8 teras Snapdragon 615 (1.5 X4 + 1 X4 GHz), RAM 2 GB dan muatan dalaman 16 GB (MikroSD sehingga 128 GB).Dari segi optik kamera utama adalah sebesar 13 MP manakala kamera hadapan sebesar 5 MP. Bateri yang tidak boleh ditanggalkan adalah sebesar 2420 mAh. Oppo R1X mempunyai dua slot SIM yang membolehkan anda menggunakan SIM nano ataupun Mikro secara serentak . Slot SIM Nano turut mempunyai fungsi kedua sebagai talam kad MikroSD. Tiga butang navigasi kapasitif digunakan pada dagu peranti. Butang home dihimpit oleh butang back pada bahagian kanan dan butang menu pada sebelah kiri. Aneh sekali butang navigasi kapasitif pada dagu peranti tidak berlampu. Ini menyebabkan kesukaran ketika menggunakan peranti di dalam gelap. Skrin multitasking dilancarkan dengan menekan butang menu selama beberapa saat. Pada bahagian kanan terdapat butang suara yang diperbuat daripada logam. Sisi kiri pula diletakkan butang kuasa juga diperbuat daripada logam. Jack fon kepala terletak di bahagian atas. Port pengecasan MikroUSB dan dua pembesar suara stereo pula di bahagian bawah. Secara keseluruhan pada hemat kami Oppo R1X ialah telefon pintar yang paling kemas binaannya dari pihak Oppo. Sangat selesa dipegang dengan kemasan logam pada parameter peranti menjadi penyangga jari yang baik. Ini dalah penting kerana peranti dengan panel kaca dan kemasan licin seperti R1X adalah mudah tergelincir apabila dipegang. Color OS 2.0.1 digunakan dan membawakan pelbagai fungsi khas yang dibagunkan oleh Oppo. Versi Android pula masih lagi 4.4.4. Antaramuka Color OS sama seperti antaramuka sistem operasi peranti China yang lain kerana tidak mempunyai talam aplikasi. Sokongan tema turut diberikan bagi membolehkan anda merubah rekaan ikon dan paparan skrin peranti. Secara peribadi kami tidak berapa gemarkan fungsi tema pada peranti pintar tetapi nampaknya ia antara fungsi yang popular di kalangan pengguna. Ia menyebabkan syarikat besar lain seperti HTC dan Samsung mula menghasilkan fungsi tema mereka sendiri. Untuk R1X  dua tema disediakan tetapi anda boleh memuat turun tema baru dengan mudah. Fungsi pergerakan jari juga kembali. Sebagai contoh mengambil gambar skrin dengan mentatal tiga jari ataupun menurunkan tahap bunyi dengan tatalan dua jari. Anda juga boleh mengunci peranti dengan menekan butang home sebanyak dua kali. Aneh sekali fungsi dwi-tap untuk menghidupkan semula yang ada pada Oppo Find 7 tidak pula disokong. Begitu juga fungsi melancarkan kamera dengan melakar bulatan pada skrin peranti. Sebaliknya kamera dilancarkan dengan menggoncang peranti sambil menekan butang suara ke bawah. Kamera utama 13 Megapixel boleh mengambil gambar pada nisbah 4:3. Untuk nisbah 16:9 resolusi diturunkan kepada 10 Megapixel. Jika anda mahukan gambar yang lebih tajam fungsi Ultra HD disokong dan gambar diambil pada resolusi 23 Megapixel. Ini dilakukan dengan menggabungkan beberapa gambar pada resolusi lebih kecil menjadi sebuah gambar yang lebih besar. Pratetapan yang disediakan adalah menarik. Ada fungsi dedahan berganda bagi mewujudkan ilusi anda mempunyai kembar. Sokongan RAW juga wujud dan ini pastinya menggembirakan penggemar fotografi. Anda boleh memuat turun tetapan baru seperti After Focus sekiranya perlu. Untuk video pula R1X mengambil video pada resolusi maksimum 1080. Terdapat juga sokongan pergerakan perlahan

 
Leave a comment

Posted by on December 17, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s