RSS

Samsung Galaxy S6 Edge

17 Dec

Galaxy Note Edge memulakan trend peranti dengan skrin sisi. Ia mempunyai skrin sisi pada bahagian kanan yang digunakan bagi meletakkan beberapa pintasan pantas serta paparan berita terkini. Peranti ini menerima beberapa kritikan kerana tidak mesra pengguna kidal serta fungsi skrin sisi yang terhad. Dalam ulasan kami ada mengatakan penggunaan skrin sisi harus digunakan dengan lebih menyeluruh bagi memastikan peranti ini terasa berbaloi untuk dimiliki. Beberapa minggu selepas ulasan tersebuw4ersert diterbitkan kami berada di Bercelona dan memegang Samsung Galaxy S6 Edge. Ia adalah evolusi kepada rekaan Samsung dan kini mempunyai dua skrin sisi. Seperti Galaxy S6, S6 Edge mempunyai rekaan aluminium premium pada bahagian tubuh dan kaca Gorilla Glass 4 pada bahagian belakang. Kemasan berkilau dan memantulkan cahayanya membuatkan peranti ini menjadi antara peranti yang tercantik pernah kami lihat. Mengingatkan kami kepada kemasan perkakasan porselin Dinasti Ming. Pada bahagian kanan terdapat butang kuasa manakala pada bahagian kiri terdapat butang kawalan suara. Slot pengecas MikroUSB, jack fon kepala dan pembesar suara terletak pada bahagian bawah. Pada bahagian atas pula terdapat pemancar infra merah serta slot SIM Nano. Dwi skrin sisi pada bahagian tepi memberikan rekabentuk S6 Edge yang unik. Tidak seperti Note Edge, saiz skrin pada bahagian sisi S6 Edge adalah lebih kecil. Perubahan ini amat kami gemari kerana pada Note Edge skrin sisi yang agak besar meningkatkan kebarangkalian ianya retak sekiranya peranti terjatuh secara sisi. Peranti sangat selesa dipegang kerana lengkungan skrin mengikut kontur pada telapak tangan. Sungguhpun begitu kombinasi permukaan diperbuat daripada kaca dan sisi yang dibulatkan membuatkan peranti ini sangat licin untuk dipegang. Beberapa kali ketika tempoh ulasan peranti terjatuh dari tangan. Nasib baik kami cukup pantas untuk menangkapnya sebelum terjatuh ke lantai. Sekiranya tidak kami pasti telah melakukan ujian jatuhan secara tidak sengaja. Seperti yang kami katakan di dalam ulasan Galaxy S6, jika anda membeli peranti ini pastikan anda membeli cangkerang tahan lasak. Jika tidak peranti akan terlepas dari tangan anda pada kadar yang tinggi dan skrin mungkin akan tercalar. Kami katakan tercalar kerana dari beberapa video ujian jatuhan yang sudah muncul di Youtube, kaca Gorilla Glass 4 yang digunakan peranti ini sangat tahan lasak dan hentakan. Ia mungkin suka untuk retak seribu tetapi sisi logam peranti akan mudah tercalar kerana diperbuat daripada aluminium yang lembut.

Di Malaysia S6, S6 Edge diperkasakan pemproses Exynos 7420 lapan teras (2.1 GHz + 1.5 Ghz), RAM 3 Gigabyte dan muatan dalaman hanya 32 Gigabyte. Tiada model lain akan dibawa masuk buat masa ini. Ini sedikit mengecewakan kerana S6 tidak lagi menyokong kad MikroSD. Kemampuan optik pula ialah 16 Megapixel pada bahagian belakang dan 5 Megapixel pada bahagian hadapan. Kedua-dua kamera dilengkapi lensa f/1.9 untuk pengambilan gambar yang lebih baik di dalam keadaan gelap. Pada Galaxy S5 lensa f/2.2. Ini sekaligus memberikan kelebihan kepada S6 kerana pesaing lain seperti HTC One M9 dan iPhone 6 juga masih menggunakan lensa f/2.2. Perubahan dari segi spesifikasi dua peranti kembar ini hanyalah pada bateri. Bateri S6 Edge sebesar 2600mAh , 50 mAh lebih besar berbanding S6. Samsung menekankan bahawa TouchWiz yang digunakan kali ini lebih pantas, responsif dan ringan berbanding versi sebelumnya. Kebanyakan fungsi tambahan yang disertakan tidak diaktifkan kali pertama anda menghidupkan peranti. Sungguhpun menggunakan Android 5.0.2, sekilas pandang antaramuka TouchWiz S6 Edge tidak mempunyai perbezaan yang ketara. Perbezaan hanya disedari selepas memasuki aplikasi telefon, talam notifikasi dan pemesejan. Animasi yang digunakan menyamai animasi Android Lollipop. Rekaan juga kini semakin rata dan minimalistik. Fungsi Multi Window, Smart Stay, Video Pop Up dan Palm Screenshot masih lagi disertakan. Ianya boleh diaktifkan bila-bila masa sekiranya perlu. Sungguhpun begitu fungsi Smart Scroll, Smart Pause dan Group Play tidak lagi disokong. Sepanjang tempoh ulasan kami tidak menemui sebarang masalah sela masa. Akhirnya selepas bertahun kami merungut tentang masalah sela masa dan animasi transisi yang tidak diperlukan, TouchWiz pada S6 Edge bebas dari masalah turun-temurun ini. Aplikasi dilancarkan dengan pantas. Tatalan skrin amat lancar. Perubahan dari satu aplikasi ke aplikasi lain berlaku dengan sekelip mata. Kombinasi pemproses terkini, RAM kelas tinggi dan sistem operasi 64bit menjadikan semua ini realiti. ToucWiz baru membenarkan anda menyahpasang aplikasi yang tidak anda mahukan tanpa sebarang halangan. Sebelum ini aplikasi terbina Samsung tidak boleh dibuang melainkan anda melakukan ROOT pada peranti. Kini hanya perlu masuk ke talam aplikasi, tekan butang edit dan nyahpasang aplikasi yang tidak anda mahukan. Termasuklah aplikasi Samsung sendiri. Fungsi tema yang diperkenalkan pada Galayx Alpha ditambah baik dengan keupayaan memuat turun tema baru menerusi Theme Store. Buat masa ini jumlah tema baru yang boleh dimuat turun masih lagi terhad.

Dari segi pilihan ia masih ketinggalan jika dibandingkan dengan tema yang boleh dimuat turun pada peranti Xiaomi. Susunan grid aplikasi pada skrin kini boleh dikustomasi. Terdapat pilihan susunan 4×4, 4×5 dan 5×5. Dwi skrin digunakan pada S6 Edge selepas Note Edge menerima kritikan dari pengguna bertangan kidal. Aneh sekali hampir kesemua fungsi skrin sisi yang diperlihatkan pada Note Edge tidak wujud pada S6 Edge. Pintasan pantas kepada pembaris, perakam audio, jam randik dan lampu suluh yang cukup kami gemari kini hanya tinggal kenangan. Dwi skrin sisi kini hanya boleh memaparkan People Edge, jam dan penstriman maklumat terkini. Fungsi skrin sisi yang sudahpun terhad pada Note Edge kini semakin anoreksia pada S6 Edge. People Edge ialah fungsi meletakkan 5 individu paling penting di dalam hidup anda pada skrin sisi. Setiap individu diberikan warna tertentu oleh anda. Apabila panggilan dilakukan skrin sisi akan menyala mengikut warna yang ditetapkan. Anda boleh mengetahui siapa yang memanggil tanpa perlu melihat nombor yang dipaparkan pada skrin. Information stream ialah pilihan memaparkan maklumat berita, saham dan sukan pada skrin sisi. Turut disokong ialah paparan Whoscall. Pilihan paparan berita terhad kepada yang dibekalkan oleh Yahoo sahaja setakat ini. Jika anda pengguna tegar Twitter, paparan topik terhangat terkini juga boleh dipaparkan. Kami merasakan implementasi fungsi skrin sisi untuk S6 Edge adalah terlalu sedikit. Peranti mungkin nampak sangat menarik dan unik berbanding peranti lain tetapi adakah membayar lebih untuk dua skrin sisi dengan fungsi yang terhad benar-benar berbaloi. Jika estetik peranti yang anda miliki adalah kepentingan nombor satu mungkin anda akan katakan berbaloi. Tetapi bagi kami membayar lebih untuk fungsi tambahan yang terlalu sedikit adalah bukan pilihan yang bijak. Pengimbas cap jari semakin mendapat tempat tahun ini. Ianya memudahkan proses menyahkunci. Tidak perlu memasukkan kata laluan, melakar bentuk dengan jari ataupun mengimbas muka. Pengimbas jari S6 Edge membawakan pembaharuan kerana kali ini ia tidak memerlukan jari anda digerakkan ke atas dan ke bawah untuk di imbas. Kali ini ia lebih menyerupai apa digunakan pada peranti iOS. Hanya perlu letakkan jari pada pengimbas yang terbina di dalam butang home. Proses mengimbas baru ini lebih pantas dan berfungsi dengan baik. Sepanjang tempoh ulasan kami tidak menemui sebarang masalah. Kamera pada hemat kami ialah kekuatan utama Galaxy S6 Edge. Kamera utama 16 Megapixel dipadankan dengan kamera hadapan 5 Megapixel.

Kedua-dua kamera dipadankan dengan lensa f/1.9 bagi memastikan prestasi yang baik di dalam keadaan pencahayaan kurang baik. Ini adalah lensa yang lebih baik berbanding yang digunakan pada peranti lain di pasaran yang masih menggunakan f/2.2. Antaramuka aplikasi kamera juga diberikan wajah baru. Lebih kemas dan rata selari dengan rekaan Android Lollipop. Pratetapan mengambil gambar kini dihadkan kepada 7 sahaja. Pratetapan lain seperti Read Cam Selfie dan Sound and Shot perlu dimuat turun sendiri oleh pengguna. Fungsi manual turut disertakan di bawah pratetapan Pro. Pelbagai parameter kamera boleh dikawal menerusi mod ini. Akhir sekali mod Virtual Shot diperkenalkan bagi mengambil gambar 360 darjah mengelilingi sesebuah objek . Fungsi ini pada hemat kami tidak berapa diperlukan di dunia sebenar. Kamera S6 Edge diuar-uarkan dengan fungsi OIS dan Tracking AF. OIS memastikan kestabilan ketika mengambil video dan gambar. Tracking AF pula memastikan objek yang menjadi subjek sentiasa difokus dengan baik. Apa yang perlu anda tahu ialah fungsi OIS dan Tracking AF tidak boleh diaktifkan serentak. Anda perlu memilih salah satu daripada dua fungsi ini ketika menggunakan aplikasi kamera. Kedua-dua fungsi ini juga tidak boleh diaktifkan ketika mengambil video pada resolusi gerak perlahan, QHD, FHD 60 FPS dan UHD. Di bawah ialah contoh beberapa gambar yang kami ambil menggunakan kamera S6 Edge. Kami sedari kualiti gambar adalah sangat baik. Gambar mengekalkan ketajaman sungguhpun apabila di besarkan pada skrin komputer. Kemampuan makro dan dalam situasi gelap juga terbaik apabila dibandingkan dengan peranti lain yang pernah kami ulas sebelum ini. Masalah noise tidak ketara. Gambar diambil juga terang dan jelas walaupun dalam keadaan gelap. Dari ujian video yang kami lakukan kualiti video adalah baik. Kualiti rakaman audionya juga jelas. Pada mod 4K kami sedari ada masalah gegaran dan rolling shutter yang ketara. Ini adalah kerana fungsi OIS tidak boleh diaktifkan apabila merakan pada mod melangkaui 1080P 30FPS. Mod gerak perlahan pula terhad kepada resolusi 720P dengan rakaman audio. Aplikasi suntingan yang disertakan adalah memadai untuk suntingan asas. Pemproses Exynos 7420 lapan teras yang digunakan dengan mudah mengalahkan rekod peranti dengan markah penanda aras paling tinggi yang dipegang oleh Galaxy Note 4 sebelum ini. Dalam ujian Quadrant ia mencatatkan 34933 markah. Dalam ujian Antutu ia mencatatkan 60372 markah dan akhir sekali dalam ujian Futuremark ia mencatatkan 21541 markah.

Ketiga-tiga markah yang dicatatkan adalah markah penanda aras tertinggi bagi setiap aplikasi penanda aras yang pernah kami lalukan. Bagaimana pula dengan penggunaan harian? Adakah markah yang tinggi ini bermakna peranti ini juga paling pantas yang pernah diuji? Jika dibandingkan dengan peranti Samsung yang pernah kami ulas sebelum ini memang Galaxy S6 Edge adalah yang paling pantas dan lancar. Tiada masalah sela masa dan aplikasi dilancarkan dengan serta merta. Masalah aplikasi tertutup dengan sendiri tidak berlaku walaupun sekali. Tetapi jika dibandingkan dengan Sony Xperia Z3 kami sedari S6 Edge masih belum cukup pantas untuk menandingi peranti yang kami nobatkan sebagai peranti terbaik makmal Amanz untuk tahun 2014. Perbezaan dari segi kepantasan sebenarnya tidak ketara kecuali apabila kedua-dua peranti diletakkan sebelah menyebelah. Buat masa ini Sony Xperia Z3 masih mengungguli carta peranti paling lancar dan pantas. Galaxy S6 Edge terpaksa berpuas hati di tangga kedua buat masa ini. Februari lalu apabila Galaxy S6 dan S6 Edge  diperlihatkan kepada umum dengan kapasiti bateri lebih kecil dari yang digunakan pada S5 ramai yang sedikit kecewa. Samsung segera mengatakan kapasiti bateri 2600 mAh tidak akan mengganggu hayat penggunaan kerana pemproses terkini yang digunakan S6 tidak memerlukan banyak tenaga. Dalam ujian dunia sebenar peranti mampu bertahan selama 8 jam sahaja pada penggunaan paling berat. Pada penggunaan ringan ia bertahan selama 19 jam. Ini adalah mengecewakan bila dibandingkan dengan peranti kelas atasan yang lain. Hayat bateri yang pendek ini adalah kelemahan paling ketara S6 Edge buat masa ini. Seperti Note 4, S6 mempunyai fungsi pengecasan pantas. Pengecas khas dengan voltan lebih tinggi disertakan. Masa mengecas peranti dari kosong sehingga penuh adalah lebih kurang sejam. Sokongan pengecasan tanpa wayar juga kini disokong sepenuhnya.

 
Leave a comment

Posted by on December 17, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s