RSS

Apple Melancarkan OS X Yosemite

18 Jan

Apple telah pun memperkenalkan OS X Yosemite kepada umum pada WWDC bulan Jun 2014 yang lepas, dan hari ini, mereka secara rasminya melancarkan sistem operasi tersebut, sekaligus membolehkan para pengguna komputer riba berasaskan OSX untuk mengemaskini dan menggunakan ciri-ciri baru yang disertakan. Melalui OS X Yosemite, pihak Apple membawakan perubahan dari penggunaan nama kucing kepada nama lokasi-lokasi menarik. Perkara paling ketara yang nampak berubah di OS X Yosemite adalah antaramukanya, dimana kini ia membawakan rekaan ikon dan tetingkap yang lebih berwarna mendatar berbanding sebelum ini. Perkara ini dilihat supaya pengguna boleh mendapatkan pengalaman yang selari dengan penggunaan iOS pada peranti mudah-alih. Rekaan baru ini juga turut hadir dengan sebuah mod gelap untuk membolehkan pengguna mengubahnya dan menggunakan ia ketika berada di sesetengah lokasi (yang gelap). Disamping itu, pihak Apple turut mengemaskini pelbagai aplikasi mereka, daripada Mail, Safari dan sebagainya. Beberapa ciri-ciri ditambah, termasuk kebolehan menghantar fail bersaiz sehingga 5GB melalui Mail. Untuk Safari pula, enjinnya dikemaskini untuk menawarkan pelayaran web yang lebih pantas berbanding sebelum ini. Beberapa perkara lain yang turut diperlihatkan Apple adalah sokongan Spotlight baru yang memudahkan pengguna membuat carian – daripada dokumen, perisian, senarai buku alamat, dan sebagainya pada satu lokasi. Tetingkap Finder juga dilihat membawakan latar yang sedikit lutsinar berbanding sebelum ini. Perisian lain seperti Messages, iTunes, dan iWork turut dikemaskini pada Yosemite. Satu lagi perkara baru yang hadir bersama-sama Yosemite adalah iCloud Drive, yang mana membolehkan pengguna mengakses kandungan daripada ruangan storan iCloud menggunakan sebarang peranti – termasuk Windows. Untuk pengguna OS X yang turut menggunakan peranti iOS, salah satu fungsi khusus yang hadir adalah Continuity, yang membolehkan pengguna membuat tugasan seperti membalas mesej, menjawab panggilan dan lain-lain daripada telefon pintar, terus pada komputer mereka. OS X Yosemite akan ditawarkan kepada pengguna OS X sedia ada secara percuma bermula hari ini. Muat-Turun OS X Yosemite https://itunes.apple.com/my/app/id915041082?mt=12

 
Leave a comment

Posted by on January 18, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s