RSS

Google Memperkenalkan Inbox

18 Jan

Google hari ini memperkenalkan penambah-baikkan kepada perkhidmatan emel, dinamakan sebagai Inbox. Inbox secara kasarnya menjadi tempat sehenti untuk memperlihatkan pelbagai perkara yang penting kepada anda – meliputi mesej, emel, peringatan dan sebagainya. Inbox ini dibangunkan oleh pasukan disebalik GMail, dimana mereka mengatakan dengan penggunaan harian emel pada hari ini, sering kali pelbagai mesej yang penting tersembunyi, dan menyukarkan anda untuk mengetahui mengenai sesuatu perkara yang lebih utama berbanding emel yang lain. Secara kasarnya, dengan dunia pantas hari ini, ramai yang tidak mengambil masa yang lama untuk membaca sesuatu emel. Pihak Google dilihat ingin menyelesaikannya dengan Inbox ini, dimana mereka mengambil beberapa info penting daripada emel tersebut dan memaparkannya dengan kemas dan mudah untuk dibaca. Antaranya termasuklah resit pembelian anda, tiket kapal terbang, dan sebagainya. Inbox turut menambah-baik pengenalan kategori pada GMail pada tahun lepas. Menggunakan Inbox, ia lebih memudahkan anda menguruskan sejumlah mesej. Sebagai contoh, kesemua mesej dan emel dari laman sosial akan disatukan – dan anda hanya perlu swipe ia sekiranya ingin mengarkibkan mesej berkenaan. Pengguna juga turut boleh menambah peringatan pada Inbox, selain daripada to-do list. Salah satu fungsi yang dinantikan ramai, iaitu Snooze turut disertakan, dimana pengguna boleh membaca sesuatu mesej terlebih dahulu, dan menetapkan ia untuk muncul kembali pada suatu tempoh masa yang ditetapkan – amat berguna sekiranya anda ingin membalas sesuatu mesej tetapi pada ketika anda menggunakan desktop dan sebagainya. Daripada gambar dan video yang dikongsikan Google, Inbox membawakan antaramuka Material Design yang ditekankan mereka untuk menjadikan ia mesra pada pelbagai saiz skrin. Untuk pengenalan, Google akan menawarkan ia untuk Android dan iOS, selain versi web. Untuk pengenalan, sama seperti GMail, Inbox ini akan ditawarkan dalam bentuk jemputan sahaja, dan ia dijangka akan diperluaskan secara berperingkat dari hari ke hari. Bagi anda yang berminat boleh menghantar emel kepada inbox@google.com untuk mendapatkan akses awal untuk perkhidmatan baru daripada Google ini. Layari : Google Inbox http://www.google.com/inbox/

 
Leave a comment

Posted by on January 18, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s