RSS

Samsung Galaxy Note 4

18 Jan

Samsung Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan phablet terbaru daripada mereka, iaitu Galaxy Note 4. Peranti ini akan dijual di pasaran tempatan bermula 17 Oktober ini, dan turut ditawarkan melalui pakej khusus daripada pihak Maxis, DiGi dan juga Celcom. Samsung Galaxy Note 4 hadir dengan rekaan elemen baru daripada Samsung, dimana ia menggunakan bingkai berasaskan logam. Dari segi skrin, ia menyertakan skrin bersaiz 5.7-inci dilengkapi dengan paparan 2K (2560x1440pixel). Ia turut menyertakan kamera 16-megapixel dengan sokongan OIS, serta kamera hadapan 3.7-megapixel dengan lensa F1.9. Beberapa mod khusus turut disertakan, termasuk rakaman wide-selfie, Rear-Cam Selfie, dan beberapa mod sedia ada lain. Untuk bateri, pihak Samsung mengatakan kini ia membawakan fungsi untuk pengecasan pantas, membolehkan lebih kurang 50% dicas dalam masa 30 minit. Versi TouchWiz pada Galaxy Note 4 juga dilihat menyertakan sedikit kemaskini, dan beberapa elemen seumpama pada Android “L”, sebagai contoh ketika Multi-Tasking. Bahagian multi-window juga turut dikemaskini dengan sokongan seumpama ChatHead. Samsung turut menekankan yang mana peranti ini turut dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari, serta sensor UV (pertama pada peranti mudah-alih). Bercakap mengenai Galaxy Note 4, semestinya salah satu perkara yang menjadi fokus adalah sokongan S-Pen. Pada Note 4, S-Pen dikemaskini dengan menawarkan pengalaman penggunaan seumpama pena sebenar pada kertas. Beberapa fungsi kawalan seperti Smart Select, Air Command, Action Memo dan sebagainya turut disertakan dan dikemaskini dengan beberapa ciri-ciri baru. Pada aplikasi S-Note pula, ia kini turut menyertakan fungsi Photo Note untuk merakamkan gambar, dan kemudian mengubahnya menjadi nota digital untuk fungsi suntingan. Perkara ini mungkin amat berguna kepada pelajar, pengguna korporat dan beberapa pengguna lain. Galaxy Note 4 bakal hadir dalam warna hitam, dan putih, dimana ia akan ditawarkan dalam versi 32GB pada harga RM2499. Versi yang ditawarkan di Malaysia merupakan versi yang dijana menggunakan cip pemprosesan Exynos 1.9Ghz Octa-Core (1.9Ghz + 1.3GHz Empat-Teras). Bersama-sama pengenalan Galaxy Note 4 juga, pihak Samsung turut memperkenalkan Samsung Gear S dan juga Samsung Gear Circle untuk pasaran Malaysia.

 
Leave a comment

Posted by on January 18, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s