RSS

Talking Statues : Patung Bersejarah Pintar Kota London

18 Jan

Di negara barat adalah kebiasaan untuk melihat patung-patung diletakkan di kawasan awam. Kebanyakan patung ini didirikan bagi mengingati individu yang banyak menyumbang kepada negara ataupun komuniti tempatan. Di Malaysia  patung berbentuk manusia bagi menghargai tokoh penting adalah agak sukar ditemui. Kami hanya boleh menamakan 3 patung di Malaysia iaitu patung Sir Francis Light di Pulau Pinang, patung Tugu Negara dan patung Tunku Abdul Rahman di laman bangunan parlimen. Di Kota London terdapat puluhan patung bersejarah didirikan tetapi kerana jumlah yang banyak ini juga banyak yang kini dilupakan. Bagi memastikan patung-patung ini tidak dilupakan projek Talking Statues dimulakan. Melalui projek ini anda boleh menerima panggilan telefon daripada individu yang rupanya diabadikan pada patung. Watak individu ini dilakonkan semula oleh pelakon terkenal seperti Sir Patrick Stewart yang terkenal dengan watak Professor Xavier. Apa yang diperlukan untuk menerima panggilan telefon ialah mengimbas kod QR yang diletakkan pada patung yang terpilih. Setakat ini 12 patung telah dipilih seperti patung Ratu Victoria, Charles Darwin, Isaac Newton dan Isembard Kingdom Brunel. Sebuah projek interaksi objek bersejarah dengan dunia moden yang kami rasakan inovatif. Memang kebanyakan patung individu ternama di London tidak mempunyai papan tanda menceritakan kenapa sejarah individu yang diabadikan dan sejarah penghasilannya. Jadi projek Talking Statues membolehkan mereka yang mahu mengetahui lebih dalam tentang patung tersebut mendapatkan maklumat yang berkenaan. Di Malaysia kita tidak ada banyak patung sebegini tetapi kami rasakan idea yang sama boleh digunapakai pada monumen dan bangunan bersejarah. Pelancong boleh ke A Famosa, kemudian melakukan imbasan QR pada plak khas yang kemudian memberikan maklumat dalam bentuk animasi untuk ditonton. Sila jadikan ini sebuah realiti.

 
Leave a comment

Posted by on January 18, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s