RSS

Buffer – Aplikasi Yang Membolehkan Anda Mengemaskini Twitter, Facebook, Google+ Pada Masa Sama

20 Jan

Dengan lambakan laman sosial pada masa kini, mungkin ia agak sukar untuk anda mengemaskini kesemuanya pada masa yang sama. Mengenal pasti masalah ini, salah satu aplikasi yang ingin menyelesaikannya adalah Buffer. Buffer membolehkan anda mengintegrasikan akaun Twitter, Facebook, Google+ dan LinkedIN padanya, dan kemudian menggunakan aplikasi Buffer sekiranya anda ingin menghantar sesuatu kemaskini. Anda boleh menaip kemaskini status atau perkongsian bergambar pada aplikasi Buffer ini, dan kemudiannya memilih anda ingin menghantar kemaskini tersebut ke akaun sosial yang mana satu. Selain akaun sosial peribadi, Buffer turut membolehkan anda menambah Facebook Pages dan juga Google+ Pages pada aplikasi yang sama. Pada masa yang sama, salah satu fungsi menarik yang turut digemari kami pada aplikasi Buffer ini adalah sokongan untuk menjadualkan kemaskini. Anda boleh menjadualkan beberapa kemaskini mengikut tarikh dan masa, dan ia akan diaturkan mengikut giliran, dan dihantar apabila tiba masanya. Perkara ini mungkin sesuai sekiranya anda menguruskan halaman sesuatu jenama, dan ingin memaparkan ia aktif dengan kemaskini pada setiap masa – walaupun anda bukannya mengemaskini ia secara manual. Buffer juga turut hadir dengan ruangan dinamakan “Suggestions”, dimana ia akan memaparkan kemaskini berinformasi atau kandungan viral pada sesuatu hari – dan anda boleh menambah untuk ia dikongsikan ke akaun anda menggunakannya. Halaman statistik turut disediakan untuk anda melihat bagaimana prestasi sesuatu kemaskini yang dilakukan anda. Buffer ditawarkan secara percuma untuk Android dan iOS, selain turut ditawarkan dalam bentuk aplikasi web. Sekiranya anda merupakan salah seorang yang aktif mengemaskini pelbagai laman sosial anda, mungkin boleh mencuba aplikasi Buffer ini, dan memudahkan proses anda mengemaskini, dan memantaunya dengan mudah. Layari : Buffer untuk web https://bufferapp.com/

 
Leave a comment

Posted by on January 20, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s