RSS

WordPress Kini Digunakan Oleh 23% Web

20 Jan

WordPress merupakan salah satu platform sumber terbuka yang memfokuskan kepada pembangunan blog, dan turut digunakan ramai sebagai CMS. Terkini, Matt Mullenweg, pengasas WordPress berkongsi beberapa statisitik semasa berkaitan dengan platform tersebut, mengatakan ia kini digunakan oleh lebih 23% daripada web. Penggunaan ini memperlihatkan peningkatakn yang positif dari tahun ke tahun, sekaligus memperlihatkan lebih ramai menggunakan platform tersebut untuk hadir dengan web tersendiri. Bercakap mengenai penggunaan, Matt berkongsi mengatakan ia kini lebih digunakan sebagai app framework, sementara penggunaan sebagai CMS dan juga blog berkurangan dari tahun ke tahun. Pada masa yang sama, pembangun WordPress turut berkongsi mengenai versi akan datang mereka, iaitu WordPress 4.1. Versi baru ini bakal dilancarkan kepada umum pada 10 Disember kelak, dan ia akan memfokuskan kepada lokalisasi. Pihak WordPress akan mula menawarkan beberapa kandungan dalam terjemahan bahasa pengguna tersebut sendiri melalui versi tersebut. Ia aka dimulakan dengan direktori pemalam dan juga tema pada WordPress 4.1, dimana sebagai contoh sekiranya anda menggunakan WordPress BM, anda akan diperlihatkan dengan penerangan tema dan pemalam dalam bahasa Malaysia. Disamping itu, beberapa perkara lain dengan fokus terhadap lokalisasi turut akan hadir pada WordPress. Pihak WordPress juga dijangka akan mengintegrasikan beberapa fungsi khusus untuk pembangun, termasuk sistem statistik yang lebih baik pada direktori untuk pembangun memantau muat-turun pemalam dan tema mereka. Dengan pengumuman ini, kita mungkin akan melihat kemaskini WordPress 4.1 Beta hadir tidak lama lagi, sebelum versi akhirnya dilancarkan pada 10 Disember kelak.

 
Leave a comment

Posted by on January 20, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s