RSS

ZTE Melancarkan Star 1

20 Jan

ZTE hari ini secara rasminya memperkenalkan beberapa peranti baru di pasaran tempatan, dengan fokus terhadap peranti utama mereka – Star 1. ZTE dilihat menggunakan slogan “telefon pintar mampu-milik” dalam memasarkan keluarga peranti baru ini di Malaysia, selain mengatakan yang mana Malaysia merupakan antara negara terawal untuk menerima Star 1 diluar China. ZTE Star 1 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 400, kamera belakang 8-megapixel dengan dwi-LED, kamera hadapan 5-megapixel, ruangan storan 16GB, dan bateri berkapasiti 2600mAh. Pihak ZTE menekankan kepada sokongan kameranya, mengatakan ia menyokong rakaman gambar pada keadaan makro 4cm, selain menggunakan teknologi Clarity+ untuk hadir dengan gambar yang terang. ZTE Star 1 ini akan dijual di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada harga RM1088. Selain daripada ZTE Star 1, pihak ZTE turut memasarkan empat lagi peranti lain, iaitu ZTE Blade Vec Pro, Blade V5, Blade L2, dan juga Blade G Lux di Malaysia. ZTE Blade Vec Pro hadir dengan sokongan dwi-SIM, dilengkapi cip pemprosesan MTK6592 lapan-teras 1.4GHz, skrin bersaiz 5-inci, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, serta dilengkapi bateri berkapasiti 2300mAh. Peranti ini menjalankan Android 4.4 KitKat, dan dijual pada harga RM788 di Malaysia. ZTE Blade V5 pula membawakan tanda harga RM688, dimana ia dilengkapi skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan MT6582 empat-teras 1.3Ghz, kamera belakang 5-megapixel, dan menggunakan Android 4.4 KitKat. ZTE Blade L2 juga turut hadir dengan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi cip MT6582m 1.3Ghz, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 0.3-megapixel, memori 1GB RAM, dan hadir dengan Android 4.4 KitKat. Peranti ini berharga RM488 di Malaysia. ZTE Blade G Lux merupakan peranti paling berharga rendah daripada ZTE yang dilancarkan hari ini, dimana ia membawakan skrin bersaiz 4.5-inci, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, memori 512MB RAM, dan cip pemprosesan MT6572 dwi-teras 1.3GHz. ZTE turut mengatakan mereka ingin terus meningkatkan jualan peranti mereka di Malaysia pada tahun ini dan juga 2015 kelak. Kita mungkin akan dapat melihat lebih banyak peranti baru hadir daripada dari semasa ke semasa.

 
Leave a comment

Posted by on January 20, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s