RSS

Dron Laut Amerika Syarikat Kini Mampu Berfungsi Secara Berkumpulan

22 Jan

Amerika Syarikat mempunyai saiz tentera ke lapan terbesar di dunia dengan jumlah menghampiri 2.3 Juta anggota tentera. Sungguhpun begitu ia adalah negara yang berbelanja paling besar setiap tahun dengan perbelanjaan sebanyak 640 Billion Dollar.  Kebanyakkan warng disalurkan kepada pembangunan sistem senjata terkini dan automasi. Umum diketahui pihak tentera Amerika Syarikat mempunyai pesawat, kapal laut, robot dan kenderaan yang boleh berfungsi tanpa pemandu. Sistem kenderaan tanpa pemandu dibangunkan bagi mengurangkan kos melatih anggota tentera. Memprogram robot adalah jauh lebih mudah dan pantas berbanding seorang tentera. Dianggarkan kos purata melatih seorang askar adalah berjumlah 1.2 Juta Dollar. Majoriti sistem kenderaan tanpa pemandu berfungsi secara solo. Hanya sejak kebelakangan ini mereka mampu berfungsi secara berkumpulan seperti AMAS ,sistem konvoi kenderaan darat tanpa pemandu yang baru sahaja selesai dijalankan. Kini kapal laut tanpa pemandu pula menunjukkan kemampuannya befungsi secara berkumpulan. Sebanyak 13 dron berjaya melakukan kawalan parameter sebuah kapal laut utama awal bulan ini. Sistem kawalan berkumpulan secara automatik ini diberi nama CARACaS (Control Architecture for Robotic Agent Command and Sensing) dan menggunakan teknologi yang sama seperti Mars Rover keluaran NASA. Melalui program CARACaS bot-bot tanpa pemandu akan mengawal kawasan perairan sebuah kapal utama dari diceroboh. Apabila ia mengesan kehadiran kapal asing ia akan secara automatik memintas, melakukan intipan dan sekiranya perlu menembak kenderaan musuh tanpa menerima input dari kelasi yang boleh ditugaskan mengawalnya. Penggunaan sistem CARACaS dapat mengurangkan jumlah kelas di atas kapal sekaligus mengurangkan kos. Selain daripada itu menghantar sebuah dron untuk memintas bot yang mungkin digunakan pengganas dapat menyelamatkan nyawa. Sistem dron di atas laut ini dibina selepas insiden USS Cole yang diserang oleh Al Qaeda pada tahun 2000. Kegagalan kelasi melihat sebuah bot kecil berisi letupan dan merodok USS Cole mengakibatkan 17 kematian. Sistem dron automatik dan boleh berfungsi tanpa penat diharap dapat mengelakkan insiden serupa berlaku di masa hadapan. Kemajuan teknologi kepintaran buatan manusia dan dron memang menakjubkan tetapi pada masa yang sama menakutkan. Hanya beberapa hari yang lalu Elon Musk mengatakan kemajuan teknologi kepintaran buatan manusia adalah seperti “menjemput syaitan” ke dunia tamadun manusia. Jika tiada sekatan dilakukan kemungkinan fiksyen filem Terminator mungkin menjadi kenyataan.

 
Leave a comment

Posted by on January 22, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s