RSS

Active Shooter System : Sistem Pengesan Penembak Di Sekolah

03 Feb

Dunia berubah mengikut arus masa. Bentuk pantai berubah setiap hari mengikut paluan ombak. Gunung semakin meninggi akibat pergeseran plat tektonik. Tetapi jika ada satu perkara yang tidak akan berubah ialah kejadian tembak menembak di perkarangan sekolah di Amerika Syarikat. Selepas insiden Sandy Hook dan Columbine yang meragut puluhan nyawa terdapat pelbagai sistem diperkenalkan bagi mengurangkan risiko ianya berlaku lagi. Pelobi pro senjata tidak akan menerima hak pemilikan senjata dilakukan kerana ianya termaktub di dalam perlembagaan negara. Pelobi anti senjata pula berkata hak pemilikan harus dikawal kerana ianya membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan. Active Shooter System (ASS) ialah sistem anti kejadian tembak menembak di sekolah yang kini dipasang di sebuah sekolah di Massachusetts, Amerika Syarikat. Sensor pada ASS akan mengesan bunyi tembakan dan muzzle flash yang dilepaskan di kawasan sekolah. Apabila kedua-duanya dikesan sistem penggera akan berbunyi bagi membolehkan pelajar melarikan diri ke tempat yang lebih selamat. Sistem ini juga akan melepaskan asap di kawasan berlakunya tembakan bagi mengaburi mata penembak dan melambatkan pergerakannya. Selain daripada itu sistem pengesan bunyi tembakan ini boleh diakses oleh pihak berkuasa untuk mengetahui lokasi si penembak di dalam bangunan bagi mempercepatkan proses menghentikan mereka dari terus melakukan kerosakan. Jika anda ada membaca tentang kes Columbine tahun 1999, Darren Klebold dan Eric Harris gagal ditembak oleh pihak berkuasa kerana mereka tidak tahu di mana mereka berada di dalam kawasan kampus yang besar. Kelewatan pihak berkuasa mengesan mereka dikatakan adalah salah satu sebab mengapa jumlah mangsa di dalam insiden ternama ini lebih tinggi dari sepatutnya. Inilah Amerika Syarikat, “Tanah Orang Merdeka”. Sekolah kini mempunyai alat pengesan logam bagi mengelakkan senjata dari diseludup masuk. Sistem pengesan penembak dipasang sebagai pelan sandaran sekiranya senjata masih mampu diseludup. Kos memasang sistem Active Shooter System ini pastinya mahal. Cara paling mudah pastinya mengetatkan kawalan senjata. Tetapi sejak bila jalan penyelesaian paling mudah dan murah akan digunapakai oleh pihak berkuasa?

 
Leave a comment

Posted by on February 3, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s