RSS

Bonefish USV : Kenderaan Laut Tanpa Pemandu Indonesia

03 Feb

Beberapa minggu yang lalu kami memaparkan berita 13 kapal laut tanpa pemandu Amerika Syarikat berjaya berfungsi secara berkumpulan bagi mengawal sebuah kapal utama. Sistem CARACaS (Control Architecture for Robotic Agent Command and Sensing) yang digunakan memastikan kapal laut Amerika Syarikat akan dapat dikawal dengan lebih ketat dari serangan pengebom berani mati menggunakan bot laju. Penggunaan dron yang semakin pesat di dalam bidang ketenteraan ini adalah kerana ianya lebih murah dan boleh dipercayai dari manusia. Teknologi penggunaan dron ini  biasanya kita kaitkan dengan negara maju seperti Amerika Syarikat, Israel dan China. Tetapi di dalam pameran Indo Defence yang berlangsung di Jakarta minggu lalu, Indonesia kini mempunyai sistem dron laut mereka sendiri. Bonesfish USV ialah sebuah kapal laut tanpa pemandu yang dibina oleh PT Lundin dengan kerjasama Saab. PT Lundin yang berpangkalan di Banyuwangi, Jawa Timur adalah terkenal dengan rekaan kapal laut trimaran mereka. PT Lundin ialah syarikat yang juga bertanggungjawab membina kapal litoral kalis radar kepada Tentera Nasional Indonesia Angkatakan Laut (TNI-AL). Bonefish USV ialah sebuah dron gentian karbon sepanjang 12 meter yang mampu berfungsi secara sendiri ini akan menjalani ujian intensif keberkesanannya tahun hadapan. Ia mampu bergerak pada kelajuan 40 knot dan dilengkapi sistem misil anti perkapalan RBS15 Mk3. Kenapakah Indonesia semakin galak memodenkan sistem ketenteraan mereka sejak kebelakangan ini? Ini adalah kerana China dilihat semakin agresif melakukan misi rondaan di Laut China Selatan yang mereka katakan adalah milik mereka. China juga semakin berani membina pengkalan laut di atas terumbu karang Spratly yang menjadi rebutan Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, Brunei dan Taiwan. Penggunaan dron kalis radar seperti Bonefish adalah keperluan masa hadapan bagi memusnahkan musuh yang berani menghampiri kawasan perairan Indonesia. Indonesia sudah bersedia bagaimana pula dengan kita? Februari lalu sebuah kapal tentera laut China dengan beraninya menceroboh perairan negara berhampiran Sarawak. Mungkin sudah tiba masanya Malaysia juga menggunakan teknologi terkini bagi memastikan pencerobohan seperti ini tidak berlaku di masa hadapan.

 
Leave a comment

Posted by on February 3, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s