RSS

Casio Memperkenalkan Beberapa Produk Baru

03 Feb

Casio merupakan salah satu jenama popular dikalangan pengguna, terdiri daripada kalkulator, jam tangan, kamera, projektor dan beberapa peranti lain. Di Malaysia, produk mereka sedia dipasarkan oleh Marco Group, dan kini pihak Casio hadir dengan subsidiari mereka tersendiri dinamakan Casio Malaysia Sdn Bhd. Dengan memulakan subsidiari tersendiri dinamakan Casio Malaysia Sdn Bhd, pihak Casio menyasarkan untuk menawarkan lebih banyak produk baru, disamping menambah-baik lagi penawaran perkhidmatan pelanggan kepada pembeli dan pelanggan produk Casio. Casio dilihat telah membuka subsidiari di beberapa buah negara di rantau Asia Tenggara baru-baru ini, termasuk di Singapura dan juga Indonesia. Bersama-sama dengan pelancaran rasmi Casio Malaysia, mereka turut mengumumkan beberapa produk baru untuk pengguna tempatan. Antaranya adalah G-Shock GPW-1000 – jam tangan dengan integrasi GPS dan juga Radio Wave Time-Calibration, OCEANUS OCW-G1000 – jam tangan yang boleh membetulkan waktu semasa mengikut lokasi anda berdasarkan sesuatu negara, EDIFICE EQB-500 – jam tangan yang boleh berhubung dengan telefon pintar anda menggunakan Bluetooth untuk menyelarikan masa berdasarkan lokasi disamping dilengkapi sokongan menetapkan penggera menggunakan aplikasi khusus. Selain jam tangan, mereka turut memperkenalkan EXILIM EX-FR10 – kamera dengan lensa yang boleh ditanggalkan untuk rakaman selfie atau digunakan untuk tujuan rakaman ketika melakukan aktiviti luar, EXILIM EX-TR50 – kamera yang boleh digunakan untuk tujuan rakaman selfie, EXILIM EX-MR1 yang mana merupakan sebuah lagi kamera memfokuskan kepada selfie dan dilengkapi dengan sebuah cermin dihadapan untuk memudahkan anda menjaga penampilan sebelum merakamkan gambar. Casio turut mengatakan mereka akan membuka kedai konsep Casio dinamakan G-Factory sekitar Malaysia, dengan sasaran satu kedai konsep di setiap negeri. Casio turut menyasarkan untuk terus meningkatkan angka jualan mereka di Malaysia dalam tahun-tahun akan datang.

 
Leave a comment

Posted by on February 3, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s