RSS

OnePlus Akan Akan Menyediakan Pusat Khidmat Di Malaysia

03 Feb

OnePlus merupakan salah satu syarikat pengeluar peranti yang terkenal dengan peranti OnePlus One. Ia agak popular dikalangan peminat peranti Android, memandangkan ia menawarkan telefon pintar berspesifikasi tinggi, dilengkapi dengan CyanogenMod pada harga yang rendah – jikalau dibandingkan dengan beberapa pengeluar peranti lain di pasaran. Hari ini, pihak OnePlus telah mengadakan sebuah acara bertemu peminat dan pengguna mereka di Malaysia, dan berkongsi beberapa perancangan mereka untuk pasaran tempatan. OnePlus mengatakan mereka menyasarkan untuk menawarkan peranti mereka di Malaysia pada sebelum penghujung tahun ini. Tiada sebarang tarikh yang diberikan oleh pihak OnePlus, tetapi mereka mengatakan ingin menyediakan pusat khidmat pelanggan ketika pelancaran, untuk memudahkan pengguna merujuk sekiranya peranti mereka mempunyai sebarang masalah. Untuk pusat khidmatnya juga, pihak OnePlus masih sedang dalam proses untuk menetapkan bagaimana ia akan berfungsi atau meliputi jaminan, memandangkan terdapat set yang digunakan pengguna Malaysia pada hari ini adalah set bukan rasmi. Untuk set OnePlus versi antarabangsa, jaminan akan diliputi, sebaliknya untuk set versi yang hadir dengan ColorOS ia berkemungkinan besar tidak akan disokong. Pusat khidmat pelanggan untuk OnePlus dijangka akan dibuka di sekitar Kuala Lumpur atau Petaling Jaya untuk peringkat permulaan. OnePlus OneSehingga hari ini, OnePlus One telah terjual sebanyak lebih 500,000 unit, dan ia dijual hanya melalui web sahaja. Pihak OnePlus menyasarkan untuk menjual sehingga 1 juta unit pada tahun ini. Berkemungkinan memperluaskan jualan peranti ke pasaran Malaysia akan membantu sedikit daripada angka jualan tersebut. Jualan melalui web membantu mereka untuk menawarkan peranti pada harga rendah, memandangkan tidak perlu risau akan bayaran kepada pengedar dan sebagainya. OnePlus One – telefon pintar pertama dan satu-satunya yang ditawarkan mereka membawakan skrin bersaiz 5.5-inci, cip pemprosesan Snapdragon 801 2.5Ghz, memori 3GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, dan bateri berkapasiti 3100mAh. Ia dilengkapi dengan CyanogenMod 11s, dan pihak OnePlus mengatakan OnePlus One akan menerima Android 5.0 Lolipop dalam masa kurang 90 hari lagi. Seperti untuk jualan global, pihak OnePlus turut akan menjual ia secara atas-talian di Malaysia. Bercakap mengenai harganya, pihak OnePlus mengatakan ia tidak akan jauh berbeza dengan harga jualan semasa di pasaran antarabangsa. OnePlus MalaysiaSehingga kini, pihak OnePlus mempunyai cara pemasaran yang agak unik dan berbeza dengan yang lain. Mereka lebih bergantung kepada peminat mereka berbanding pengiklanan tradisional. OnePlus sebelum ini telah mengatakan mereka hanya membelanjakan sekitar $300 (RM1000) untuk pengiklanan sehingga ke hari ini. Keuntungan yang dijana melalui peranti mereka juga adalah sedikit dan kurang daripada $10 (~RM30) untuk setiap set yang dijual. Perkara ini juga membuatkan mereka tidak menyimpan stok yang begitu banyak, dan sering kali habis terjual dengan pantas dan memerlukan pengguna untuk mendapatkan jemputan sebelum dapat membelinya. Dengan berbaki kurang 6 minggu lagi sebelum tahun 2014 tamat, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut satu lagi syarikat pengeluar telefon yang memilih Malaysia sebagai negara pertama di Asia Tenggara untuk memperluaskan perkhidmatan mereka.

 
Leave a comment

Posted by on February 3, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s