RSS

Open qPCR Ingin Memudahkan Diagnostik DNA Oleh Semua Orang

03 Feb

Polymerase Chain Reaction (lebih dikenali sebagai PCR) merupakan antara satu langkah yang penting dalam proses mengesan dan memanipulasikan asid deoksiribonukleik (DNA). Secara kasarnya, PCR merupakan satu teknik untuk melipat-gandakan jumlah keluaran DNA. Terma polymerase merujuk kepada enzim yang bertanggungjawab untuk mengumpul dan memasang molekul-molekul kecil nukleotid untuk membentuk DNA, manakala chain reaction di sini merujuk kepada mekanisme proses itu dijalankan secara reaksi berantai untuk melipatgandakan hasil keluaran dengan menggunakan mesin khas yang dikenali sebagai thermocycler. Kira-kira 3 tahun yang lalu, syarikat Chai Biotechnology telah berjaya mengumpulkan dana di Kickstarter sebanyak $12,121 iaitu 200% melebihi daripada jumlah asal yang diperlukan oleh mereka iaitu $6,000 untuk hadir dengan sebuah mesin thermocycler. Mesin thermocycler yang dikenali sebagai OpenPCR itu merupakan antara projek yang berasaskan kepada perkakasan sumber terbuka pertama yang berjaya memperoleh dana di Kickstarter, dan kini ia boleh di dapati di pasaran pada harga $599. Memandangkan ia merupakan satu projek sumber terbuka, cetakan biru mesin ini boleh didapati pada laman rasminya, dan menariknya ia menggunakan papan litar bercetak (PCB) Arduino. Chai Biotechnology kini sekali lagi hadir dengan sebuah projek baru dinamakan sebagai OpenQPCR, yang mana merupakan versi OpenPCR yang menerima pelbagai penambah-baikan serta beberapa fungsi baru. Tidak sampai 3 hari projek ini melalui proses pengumpulan dana pada laman Kickstarter, mereka sudah berjaya mendapat 100% dana yang diperlukan iaitu $50,000. Ketika artikel ini ditulis ia sudah berjaya mengumpul dana sebanyak $105,297 dan masih mempunyai baki masa 25 hari lagi. Menggunakan Open qPCR ini, pengguna boleh melakukan beberapa perkara, termasuk kebolehan untuk mengenal-pasti apakah sesuatu gen mengatakan berkenaan kelebihan atletik anda, mengenal-pasti keselamatan makanan, menggunakan untuk kajian gen pada kos rendah, dan mengenal pasti virus seperti HIV dan Ebola. Melengkapkan Open qPCR ini juga adalah sebuah perisian khusus berasaskan kepada teknologi moden seperti HTML5 dan juga JavaScript. Open qPCR ini boleh dihubungkan kepada komputer berdekata menggunakan WiFi atau USB, dan seterusnya membuat penyuntingan dan kajian penuh, termasuk mengumpulkan data mengikut langkah demi langkah. Selain OpenQPCR, pelbagai lagi projek dalam bidang biologi yang berasaskan perkakasan sedang meraih populariti antaranya OpenTrons, miniPCR, dan juga Bento Lab. Dengan hadirnya alternatif pada harga yang lebih rendah dan kompetitif seperti projek-projek yang dinyatakan ini, ia menjadikan bidang sains biologi sebagai bidang yang mudah untuk diakses oleh warga umum. Tambahan pula, dengan hadirnya projek seperti ini, ia membolehkan bidang ini untuk menikmati perkembangan dan penyebaran yang laju, seiring dengan kemajuan bidang sains teknologi seperti yang kita nikmati sekarang. Bacaan Lanjut : Open qPCR di KickStarter https://www.kickstarter.com/projects/chaibio/open-qpcr-dna-diagnostics-for-everyone

 
Leave a comment

Posted by on February 3, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s