RSS

Bizzby : Khidmat Penghantaran Barang Menggunakan Dron

24 Feb

Dron dan jam pintar adalah dua ciptaan yang semakin popular tahun ini. Dron kini digunakan sebagai platform untuk mengambil gambar ketika majlis perkahwinan dan membekalkan internet secara percuma kepada kawasan tanpa internet jalur lebar. Ia memulakan hidup sebagai sistem yang digunakan oleh pihak tetera dan kini digunakan secara meluas di sektor awam. Bizzby ialah sebuah projek yang cuba menjadi  perintis kepada perkhidmatan penghantaran barang  pada jarak dekat untuk orang awam. Pernahkan anda tertinggal sesuatu di rumah tetapi malas untuk memandu dan mengambilnya? Semasa di kolej kerap kali perkara sebegini berlaku kepada kami. Bizzby ialah perkhidmatan penghantaran dron yang membolehkan barangan kecil dihantar kepada anda sekiranya ia tertinggal di rumah. Dengan menggunakan aplikasi khas anda boleh mengambil barang yang tertinggal dari rumah dan ianya akan dihantarkan kepada anda menggunakan dron Bizzby. Setiap dron boleh mengangkut barang dengan berat maksimum 500 gram. Ia akan mencari lokasi barang yang harus diambil dan tempat penghantaran dengan menggunakan sistem GPS. Kamera pada Bizzby pula menggunakan sistem pengenalan muka untuk mengenalpasti penerima barangan. Apabila ia mengenalpasti si penerima, ruangan kargo Bizzby akan terbuka. Sistem ini sedang diuji di London. Ianya juga masih belum dibenarkan beroperasi kerana terdapat pelbagai halangan undang-undang yang mengharamkan penggunaan dron beroperasi di ruang udara awam. Tetapi menurut Bizzby mereka sedang berusaha mendapatkan kebenaran untuk beroperasi. Di masa hadapan menurut mereka penghantaran barang kecil pada jarak dekat adalah bukan sahaja perlu tetapi lebih mesra alam berbanding memandu pulang semata-mata untuk mengambil barang yang tertinggal. Jika perkhidmatan seperti Bizzby ini menjadi realiti hidup pastinya akan menjadi lebih sukar. Para pelajar tidak boleh lagi menggunakan alasan “maaf cikgu kerja rumah tertinggal atas meja”. Teknologi menyukarkan generasi akan datang untuk mengelat tidak melakukan tugasan yang diberikan. Sumber Bizzby http://sky.bizzby.com/

 
Leave a comment

Posted by on February 24, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s