RSS

Hampir 1/3 Populasi Internet Malaysia Menggunakan Aplikasi WeChat

24 Feb

WeChat Malaysia 2014WeChat merupakan salah satu aplikasi permesejan dari China, dan menyertakan pelbagai fungsi-fungsi tambahan termasuk permainan dan juga kebolehan panggilan suara menggunakannya. Terkini, pihak Global Web Index berkongsi beberapa data menarik berkaitan pengguna WeChat di Malaysia, memperlihatkan 31% pengguna dengan akses internet di Malaysia menggunakan WeChat. Di Malaysia, WeChat dilihat popular dikalangan mereka yang berumur antara 16 ke 34 tahun, dimana lebih daripada 80% pengguna tempatan merupakan dalam lingkungan umur tersebut. Perkara ini juga secara tidak langsung memberikan impak kepada pengguna dalam lingkungan umur yang lain, dimana dalam bentuk sosial ia akan membolehkan ahli keluarga menyertainya untuk kekal berhubung menggunakan WeChat. WeChat telah memasuki pasaran Malaysia secara rasminya pada tahun 2013 yang lepas, dan memperlihatkan peningkatan drastik sejak daripada itu. Semenjak pelancaran, beberapa promosi telah diadakan, termasuk melantik beberapa duta di Malaysia dan juga bekerjasama dengan beberapa jenama untuk menggunakan WeChat sebagai bahan promosi. Perkembangan WeChat juga dilihat selari dengan perkembangan aplikasi permesejan di rantau Asia Pasifik. Secara menyeluruh, ia dilihat pengguna lebih selesa berinteraksi menggunakan aplikasi permesejan berbanding menggunakan laman sosial. Global Web Index turut berkongsi data mengatakan hampir 43% pengguna Facebook yang memasuki laman berkenaan hanya melihat sahaja perkembangan tanpa meninggalkan komen atau mengemaskini status. Ia dilihat pengguna kini lebih pantas dan selesa berinteraksi melalui aplikasi permesejan – sekaligus menyumbang kepada perkembangan aplikasi seperti WeChat. Pengguna dilihat lebih selesa menggunakan aplikasi permesejan seperti WeChat kerana ianya percuma, dan mesej balasan diterima lebih pantas berbanding laman sosial. Isu privasi juga dikatakan merupakan salah satu perkara pengguna menggunakannya berbanding dengan Facebook. Selain Malaysia, Global Web Index turut berkongsi memperlihatkan yang mana perkhidmatan permesejan juga popular dirantau Asia Pasifik ini jikalau dibandingkan dengan rantau-rantau lain. Seperti semua sedia maklum, inovasi dan trend pada peranti mudah-alih terlebih dahulu berlaku di rantau Asia berbanding beberapa rantau lain, dan salah satu penyumbangnya adalah kerana pengguna peranti mudah-alih adalah tinggi di Asia, serta ia adalah antara peranti yang menjadi sumber utama untuk pengguna berhubung ke internet.

 
Leave a comment

Posted by on February 24, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s