RSS

Jana Tamimi : Wartawan Muda Berusia 8 Tahun Merakam Video Menggunakan Telefon Pintar Di Palestin

02 Mar

Kerap kali apabila membaca buku sejarah kami terasa kerdil dengan pencapaian individu terkenal. Mark Zuckerberg menjadi billionwan pada usia 23 tahun. Alexander The Great menakluk 30% dunia pada usia 32 tahun manakala Iman Syafie sudah menjadi hafiz pada usia 7 tahun. Kami yang sudah berusia 35 tahun langsung tidak mempunyai sebarang pencapaian yang boleh dibanggakan. Pada usia sebaya Imam Syafie kami hanya pedulikan tayangan kartun Thundecats. Di Nabi Saleh Palestin, ada seorang wartawan cilik berusia 8 tahun yang hanya menggunakan sebuah telefon pintar untuk melaporkan ketidakadilan Israel. Jana Tamimi tidak pernah kenal erti kemerdekaan. Anak kecil tinggal di dalam kawasan yang diduduki Israel. Sejak kecil beliau melihat protes anti pendudukan haram regim Zionis ini dilakukan selepas solat Jumaat. Pihak tentera Israel kemudian akan meleraikan protes dengan kekerasan. Jana menyedari tidak ada jurugambar mengambil video dan gambar ketika kekerasan ini dilakukan maka beliau mula merakam video kesemua protes yang berlaku menggunakan telefon pintar milik beliau. Video yang dirakamkan kemudian dimuat naik sebagai laporan berita protes mingguan. Menurut Jana, hanya dengan memuat naik video sendiri rakyat Palestin dapat menunjukkan keadaan sebenar kehidupan di bawah pendudukan Israel. Pihak media arus perdana seluruh dunia hanya akan membisu apabila ketidakadilan dilakukan ke atas warga Palestin. Beliau berharap dengan tersebarnya lebih banyak video dari kawasan yang diduduki, mata dunia boleh dibuka dan hak Palestin boleh dikembalikan.Anak kecil ini mengeluh lewat ke sekolah hampir setiap hari kerana pemeriksaan keselamatan serta 60 tanah milik penduduk dirampas dari mereka. Pada usia 8 tahun Jana Tamimi sudah menjadi aktivis dan melaporkan kebenaran hanya bersenjatakan sebuah telefon pintar. Di Malaysia ada anak-anak yang merakamkan video “macam cantik dan macam comel” dan melakukan lipsync lagu cinta Indonesia menggunakan telefon pintar. Tib- tiba terasa malu dengan “pencapaian” anak watan Malaysia membuat video atas talian. Teknologi yang sedia ada di tangan orang bijak akan menjadi berharga seperti permata. Di tangan orang yang kurang bijak akan menjadi tinja dan bahan ketawa masyarakat. Maka kepada pembaca sekalian marilah kita menggunakan peranti pintar untuk kebaikan sejagat dan bukannya untuk menghasilkan video kurang pintar untuk tatapan umur. Sebelum ini kami paparkan berita Ibrahim Saad (18) yang menjana elektrik dan gas memasak menggunakan sumber air.  Syabas buat Palestin, walaupun tanah dijajah masih mampu menghasilkan warga yang pandai menggunakan teknologi dengan baik.

 
Leave a comment

Posted by on March 2, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s