RSS

MyFilem – Perkhidmatan Penstriman Dan Muat-Turun Filem Malaysia

02 Mar

Pada hari ini, dengan perkembangan arena dunia internet, terdapat beberapa web dan perkhidmatan yang menawarkan filem untuk ditonton ataupun dimuat-turun oleh pengguna. Salah satu yang popular adalah iTunes, dan terkini salah satu perkhidmatan baru daripada syarikat tempatan bakal hadir – dinamakan sebagai MyFilem. MyFilem masih lagi pada peringkat pembangunan buat masa ini, dan dijangka akan dilancarkan pada tahun 2015 kelak. Melalui borang kaji selidik yang disediakan oleh pihak myFilem, mereka mengatakan MyFilem adalah portal di Malaysia untuk peminat filem menyewa dan juga membeli filem-filem tempatan dan antarabangsa. Walaupun masih dalam peringkat pembangunan, web MyFilem telah pun boleh diakses dan memberikan idea bagaimana perkhidmatan tersebut akan berfungsi. Menggunakannya, pengguna boleh melihat video trailer untuk sesuatu filem, membuat carian filem berasaskan genre, dan juga melihat harga untuk sesuatu filem terus pada web berkenaan. Daripada apa yang dilihat secara kasar, filem dihargakan sekitar RM6.99 ke RM19.99 pada laman berkenaan. Ia tidak diketahui sama ada harga yang ditayangkan adalah harga akhir ataupun sekadar untuk menguji laman prototaip mereka sahaja. Perkhidmatan MyFilem juga dilihat turut menerima kerjasama daripada pihak kerajaan, termasuk Finas, dan juga SKMM. Dengan arena internet yang berkembang secara positif dari hari ke hari, mungkin ia tidak akan menjadi suatu masalah untuk pengguna memuat-turun dan menontonnya di rumah – berbanding perlu ke kedai untuk mendapatkan DVD dan sebagainya. Apa pun, seperti biasa, harga penawaran dan kemudahan sistem tersebut akan memberikan impak kepada jualan filem melalui laman berkenaan. MyFilem dijangka akan dilancarkan pada tahun 2015 kelak, tetapi dilihat mereka telah pun memulakan aktiviti promosi untuk perkhidmatan mereka. Bagi anda, apakah anda akan mendapatkan filem kegemaran anda melalui MyFilem kelak, ataupun melanggannya melalui beberapa perkhidmatan alternatif – termasuk penawaran seperti Astro First untuk menonton filem kegemaran anda yang terlepas di panggung wayang ? Layari : MyFilem http://myfilem.my/

 
Leave a comment

Posted by on March 2, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s