RSS

Petisyen Mengharamkan Kitab Injil

02 Mar

Awal minggu lalu sebuah petisyen mengharamkan penjualan permainan Grand Theft Auto V menjadi viral di Australia. Petisyen di Change.org tersebut menyeru permainan dunia terbuka ini diharamkan dari dijual kerana mempunyai elemen ganas terhadap wanita. Petisyen tersebut berkata GTA V membenarkan pemain membunuh pelacur ataupun melayan wanita sebagai objek seksual dan ia tidak seharusnya dijual kepada umum. Akibat dari petisyen tersebut beberapa rangkaian kedai utama di Australia akur kepada permintaan ini dan enggan menjual GTA V. Ramai merasakan petisyen ini sebenarnya menghalang kebebasan bersuara di Australia dan tidak masuk akal. Permainan ini sudahpun diberi pengkelasan yang hanya membenarkannya dijual kepada individu dewasa. Oleh sebab itu sebuah petisyen baru juga dilakukan di Change.org yang menggesa pengharaman Kitab Injil dari dijual kepada orang ramai. Menurut petisyen baru ini, Kitab Injil seperti GTA V memaparkan keganasan seksual terhadap wanita. Petisyen anti Kitab Injil ini sebenarnya adalah parodi kepada petisyen yang meminta GTA V diharamkan dengan menggunakan semula alasan pengharaman yang sama. Sungguhpun jelas ianya hanyalah parodi, petisyen baru ini sudah berjaya mengumpul lebih dari 17 000 tanda tangan. Apa yang dilakukan oleh petisyen kedua ini mungkin hanya parodi tetapi mesej yang disampaikan adalah jelas. Penapisan kandungan permainan adalah tidak diterima di Australia dan petisyen meminta ianya diharamkan dianggap melanggar hak kebebasan bersuara. Di Malaysia Grand Theft Auto V secara rasminya sudahpun diharamkan oleh pihak berwajib September tahun lalu kerana kandungannya yang tidak sesuai dengan cara hidup rakyat Malaysia yang beradab. Sungguhpun begitu anda masih boleh membeli GTA V tanpa masalah di kedai-kedai permainan seluruh negara. Secara peribadi kami merasakan permainan tidak perlu diharamkan tetapi penjualannya dipantau seperti jualan rokok. Sebagai individu dewasa mumayyiz kami rasakan adalah aneh jika kandungan “dewasa” diharamkan dari dilihat ole kami yang secara sah menurut undang-undang adalah seorang dewasa. Apabila sudah dewasa anda seharusnya diberikan hak memilih bukan dipimpin tangan seperti seorang kanak-kanak oleh kerajaan yang bertindak seperti ibu bapa anda.

 
Leave a comment

Posted by on March 2, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s