RSS

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Godaman Terhadap Sony Pictures Entertainment Baru-Baru Ini?

08 Mar

Akhir-akhir ini, salah satu perkara yang hangat diperkatakan dalam arena teknologi adalah berkaitan dengan godaman Sony Pictures Entertainment. Perkara ini turut dilihat turut melibatkan beberapa negara, disamping pelbagai data peribadi pekerja telah diakses oleh pengodam. Perkara mengenai godaman ini telah diketahui media pada 24 November yang lepas. Pekerja Sony Pictures Entertainment seperti biasa telah ke pejabat untuk bertugas, tetapi mereka dikejutkan dengan mesej godaman apabila mereka memulakan komputer mereka. Melalui mesej yang ditinggalkan, ia dilihat digodam oleh pengodam yang mengelarkan diri mereka sebagai GOP (Guardians of Peace). Pelbagai data dalaman syarikat telah diakses, termasuk beberapa rahsia syarikat. Antaranya termasuklah emel-emel berkenaan perbincangan dalaman syarikat (yang mana antaranya melibatkan beberapa syarikat luar), gaji dan data para pekerja – termasuk selebriti dibawah mereka, dan beberapa perkara yang lain. Selain itu, pengodam yang sama juga turut telah mengodam akaun Twitter milik Sony. Godaman ini juga turut memberikan kesan yang serius terhadap Sony Pictures Entertainment, termasuk dari segi kewangan.

Pelbagai perbincangan awal mengenai perancangan syarikat tertiris ke arena web, selain mana salah satu filem yang dirancang ditayangkan pada Hari Natal ini terpaksa dibatalkan, iaitu filem The Interview. Selain daripada itu, para pesaing mereka kini boleh mengetahui perancangan syarikat untuk tahun akan datang, termasuk belanjawan dan sebagainya. Motif utama godaman ini dilakukan masih tidak diketahui sepenuhnya. Pelbagai pihak mengaitkan godaman ini dengan filem The Interview yang mana membawakan jalan cerita berkaitan dengan usaha membunuh ketua Korea Utara, Kim Jong-un. Ia turut dikatakan yang mana pengodam memberikan amaran akan meneruskan serangan sekiranya filem tersebut ditayangkan di panggung – sekaligus membuatkan pihak Sony Pictures Entertainment untuk membatalkan tayangan filem berkenaan. Lanjutan daripadanya juga, pada tarikh 18 Disember, salah seorang eksekutif Sony dilaporkan telah menerima emel daripada kumpulan pengodam terbabit, mengatakan mereka tidak akan menyebarkan data tambahan lain yang diperolehi mereka melalui godaman tersebut sekiranya pihak Sony membatalkan filem The Interview. Sehari selepasnya, pihak berkuasa Amerika Syarikat mengumumkan yang mana Korea Utara terlibat dalam godaman tersebut.

Laporan daripada FBI mengatakan kaedah dan infrastruktur yang digunakan oleh serangan ke Sony Pictures Entertainment ini dikatakan lebih kurang sama seperti serangan terhadap bank di Seoul pada tahun 2013 yang lepas – dan dikaitkan dengan Korea Utara ketika itu. Apa pun, pihak Korea Utara menidakkan perkara ini. Pihak Sony Pictures Entertainment telah pun membatalkan tayangan The Interview ini di pawagam yang dijadualkan pada 25 Disember ini. Apa pun, beberapa laporan turut mengatakan Sony mungkin akan menerbitkan ia pada platform lain untuk ditonton oleh pengguna. Melalui laman IMDB, filem ini dilihat menerima reaksi positif daripada ramai pengguna, dimana ramai yang dilihat ingin menyaksikan apa yang dibawakan oleh filem ini. Secara keseluruhan, kesan daripada perkara ini terhadap Sony Pictures Entertainment adalah amat besar. Sejumlah data peribadi telah tertiris termasuk data pekerja. Beberapa pekerja telah sedia menerima beberapa mesej berbentuk ugutan daripada pihak tidak dikenali. Pihak Sony Pictures Entertaiment mungkin mengambil masa sedikit sebelum dapat menyelesaikan beberapa perkara berkaitan dengan godaman ini, sebelum dapat beroperasi seperti biasa. Pada masa yang sama, pihak kerajaan Amerika Syarikat juga dilihat memberikan perhatian serius untuk perkara ini dan mungkin membuat sebuah akta sekuriti siber baru untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku pada masa akan datang.

 
Leave a comment

Posted by on March 8, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s