RSS

BillPlz – Perkhidmatan Tempatan Yang Ingin Memudahkan Anda Menghantar Bil Dan Menerima Bayaran

08 Mar

Ingatkah lagi berkenaan dengan BilPlz yang pernah kami tulis pada 2011 yang lepas? BilPlz ketika itu menawarkan sokongan untuk pengguna menguruskan perbelanjaan mereka dengan menyimpan data berkaitan bil dan resit belanja padanya. Kini, perkhidmatan tersebut seperti tidak lagi boleh diakses, dan pembangunnya dilihat memfokuskan kepada salah satu perkhidmatan dengan nama serupa – dipanggil sebagai BillPlz. Melalui perkhidmatan baru yang dinamakan sebagai BillPlz ini, ia menggunakan slogan sebagai “Platform Bil Yang Dipercayai”, dimana melaluinya para pengguna boleh menghantar bil kepada pelanggan mereka, dan meminta mereka membayar. Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai perkhidmatan berbentuk langganan ataupun mereka yang menjual produk dan ingin mengumpulkan bayaran melalui platform tersebut. Menggunakannya, anda hanya perlu log masuk, masukkan data berkaitan (seperti emel penerima, amaun, sebab bayaran dan sebagainya), sebelum menghantar kepada penerima. Apa pun, perkhidmatan ini bukanlah percuma, sebaliknya dikenakan caj sebanyak RM0.40 untuk setiap penghantaran bil, dan RM2 untuk setiap transaksi. Bagi penerima pula, sebaik sahaja anda menerima bil tersebut melalui emel, anda boleh klik padanya, dan ia akan membawa pengguna terus ke bahagian pembayaran dan memilih untuk membayar menggunakan perkhidmatan perbankan tempatan ataupun kad kredit. Pihak BillPlz melalui laman mereka mengatakan yang mana bayaran akan di depositkan ke akaun pelanggan mereka pada hari seterusnya, sekaligus mengelakkan anda tertunggu-tunggu bayaran seperti beberapa platform lain yang mengambil masa sehingga seminggu. Perkhidmatan ini boleh dikatakan telah dilancarkan untuk beberapa bulan. Bagi kami, konsep yang dibawakan olehnya agak menarik, dan mungkin sekiranya ia diintegrasikan dengan perkhidmatan pembayaran daripada beberapa penyedia perkhidmatan popular, seperti TM, TNB, Astro atau syarikat telekomunikasi lain, ia akan menjadikan perkhidmatan ini lebih popular – selain mengelakkan ia daripada terus terkubur sebegitu sahaja. Layari : BillPlz https://www.billplz.com/

 
Leave a comment

Posted by on March 8, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s