RSS

Celcom Memperkenalkan Pelan Pascabayar

08 Mar

Celcom hari ini telah mengemaskini penawaran pelan pascabayar First mereka, dimana memberikan lebih pilihan kepada pengguna sama ada mereka ingin menggunakan lebih data ataupun lebih panggilan. Masih menggunakan penjenamaan First, dua pelan baru yang diumumkan adalah First Basic dan juga First Elite. Untuk mengetahui cara penggunaan para pengguna, Celcom mengatakan mereka menyertakan “Optimiser”, yang mana secara automatik memilih sama ada pengguna lebih menggunakan data ataupun panggilan suara. Celcom First Basic ditawarkan pada harga langganan RM85 sebulan, dimana pengguna yang memilih panggilan – mereka akan mendapat panggilan selama 250 minit, SMS percuma 250 SMS, penggunaan data 2GB, dan juga penggunaan Celcom WiFi sebanyak 2GB. Pada pelan First Basic yang sama, jika pengguna memilih untuk menggunakan data, anda akan ditawarkan dengan penggunaan data sebanyak 4GB, Celcom WiFi sebanyak 4GB, 100 minit panggilan, dan juga 100 SMS pada langganan bulanan yang serupa iaitu RM85 sebulan. Pengoptimasian ini dikatakan akan dilakukan secara automatik oleh pihak Celcom. Untuk Celcom First Elite pula, ia hadir dengan penawaran dua SIM kepada pengguna, sesuai untuk mereka yang bekerja dan berpasangan. Seperti pada First Basic, pengguna turut boleh memilih sama ada mereka inginkan pelan yang dioptimasikan untuk internet ataupun untuk panggilan. Celcom First Elite ini membawakan harga langganan bulanan RM235. Untuk mereka yang memilih pelan yang dioptimasikan untuk data pada First Elite ini, mereka akan menerima 400 minit panggilan, 400 SMS dan juga 8GB Internet. Ia akan dipecahkan kepada dua, dimana SIM utama akan menerima 200 minit panggilan, 200 SMS dan 5GB internet – sementara SIM kedua menerima 200 minit panggilan, 200 SMS, dan juga 3GB internet. Jika anda lebih banyak membuat panggilan pada Celcom Elite ini, anda akan menerima sejumlah 700 minit panggilan, 700 SMS dan 6GB internet. Ia akan dibahagikan dua, dimana SIM pertama menerima 500 minit panggilan, 500 SMS, dan 3GB internet. SIM kedua pula menerima 200 minit panggilan, 200 SMS dan 3GB internet. Sekiranya pengguna telah melangkaui penggunaan kuota – sama ada panggilan atau SMS, mereka akan diberikan notifikasi untuk melanggan kuota tambahan pada harga yang rendah berbanding pesaing lain di pasaran, ataupun dikenakan caj berdasarkan penggunaan. Untuk menambah kuota data pada pelan mereka, pengguna akan dikenakan caj sebanyak RM15 untuk 1GB, ataupun RM50 untuk 5GB sekiranya untuk data sahaja. Jika anda inginkan penambahan untuk semuanya, anda boleh membayar RM50 dan menerima 1GB data internet, 250 minit panggilan dan juga 250 SMS.

 
Leave a comment

Posted by on March 8, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s