RSS

Kerajaan Sekali Lagi Menekankan Peniaga Online Untuk Daftar Dengan SSM

08 Mar

Kerajaan sedia menekankan para peniaga dalam-talian untuk mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebelum ini. Terkini, ketika persidangan Dewan Negara, perkara tersebut sekali lagi ditekankan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Menurut beliau, semua peniaga dalam-talian perlu mendaftar untuk perniagaan mereka, tanpa mengira platform, termasuk untuk mereka yang membuat urusan jual-beli menggunakan platform Facebook atau Instagram. Pada masa yang sama, para peniaga turut perlu mematuhi Peraturan Perlindungan Pengguna 2012 yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Melaluinya, peniaga perlu memaparkan nama perniagaan, nombor pendaftaran syarikat, alamat emel, dan nombor telefon pada halaman jualan mereka, Facebook atau Instagram. Perkara ini walaupun dianggap remeh oleh kebanyakkan penjual dan pembeli, tetapi ia merupakan suatu perkara yang amat penting, memandangkan ia akan melindungi lagi pengguna daripada tertipu dengan para penjual dalam-talian yag tidak bertanggung-jawab. Untuk mendaftar syarikat, di Semenanjung Malaysia, ia boleh dilakukan pada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dimana kos mendaftar syarikat persendirian adalah RM60 (+RM10 untuk pendaftaran pertama) setahun. Di Sabah dan Sarawak pula, anda boleh mendaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan, iaitu di Majlis Daerah. Disamping itu, mengikut Peraturan Peniaga Dalam-Talian juga, para penjual perlu memaparkan harga penuh barang (termasuk kos pengangkutan dan pelbagai kos lain), dan juga kaedah pembayaran dengan jelas. Salah satu perkara yang menjadi kebiasaan dikalangan penjual tempatan adalah meminta pembeli menghantar mesej terlebih dahulu untuk mengetahui harga, yang mana boleh dikatakan melanggar peraturan yang ditetapkan kerajaan ini – sekaligus membawa kepada penawaran harga yang berbeza-beza untuk pelanggan berlainan. Penjual juga perlu memberikan anggaran masa penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli melalui peraturan yang ditetapkan ini. Tahun 2014 ini kita telah sedia melihat perkembangan positif arena e-dagang di Malaysia, dan tidak mustahil untuk kita terus memperlihatkan perkembangan sihat dalam arena tersebut sepanjang tahun hadapan. Pelbagai marketplace baru dijangka akan diperkenalkan pada tahun hadapan yang membawa kepada jual-beli yang lebih aktif dikalangan pengguna Malaysia. Mungkin ini merupakan salah satu langkah baik daripada pihak kerajaan dan SSM dalam mengelakkan sebarang penipuan berlaku, dan melindungi lebih pengguna dan pembeli di Malaysia. Bacaan Lanjut : Peraturan Peniaga Dalam-Talian 2010 http://amanz.my/2013/06/peraturan-peniaga-dalam-talian-berkuat-kuasa-bermula-esok-1-julai/

 
Leave a comment

Posted by on March 8, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s