RSS

5 Startup Baru Menerima Dana Dari 1337 Ventures

14 Mar

Terdapat pelbagai aktiviti memfokuskan startup yang telahpun berlangsung pada tahun lepas. Aktiviti seumpama pitching, hackathon, malahan tinggal bersama-sama untuk beberapa bulan bagi melaksakan aplikasi yang diinginkan telah berjalan. Salah satu organisasi yang bergiat dalam perkara ini adalah 1337 Ventures, yang sebelum ini pernah hadir dengan program Geeks On A Plane pada tahun 2013. Hari ini mereka mengumumkan 5 startup baru yang terpilih untuk menerima dana sebanyak RM50,000 untuk setiap startup. Mereka ialah:

Shoptizen = Platform untuk menghubungkan jenama yang sedang meningkat dengan belia yang minat dengan fesyen terkini dan membolehkan pengguna membeli dan berkongsi jenama yang disukai.
Workchat = Platform permesejan untuk perusahaan kecil dan sederhana yang dilengkapi storan digital untuk dokumen serta pengurusan pekerja.
Self-Valet = Aplikasi untuk anda menempah tempat letak kereta sebelum sampai ke tempatnya.
Inttlab = Platform untuk pengkomersilan kajian-kajian akademik yang menambah baik kehidupakn seharian.
WIEMS = Sistem analisis untuk memantau penggunaan tenaga elektrik di rumah dan di pejabat.

Dua startup yang memenangi pitch tersebut adalah GigFairy dan Closetstyles. Gigfairy merupakan startup yang membolehkan anda menempah ahli muzik untuk acara anda dan Closetstyles adalah aplikasi untuk anda membeli serta berkongsi mengenai pakaian anda. Dua startup ini masing-masing membawa pulang RM10,000 tunai sebagai ganjaran. Program Alpha Startup ialah program intensif selama 5 hari yang telah berlangsung pada 5-9 Januari yang lepas, dimana 40 startup terpilih boleh menguji idea mereka mereka menerusi kelas khas seperti pembangunan pelan produk, melaksanakan produk asas (Minimum Viable Product) serta bersedia untuk melakukan pitching. Menurut Bikesh, CEO 1337 Ventures, melalui program mereka startup yang dikelolakan akan maju dari status pre-seed kepada seed dalam tempoh 10 bulan. Sekiranya anda berminat dengan program Alpha Startup ataupun program yang dikendalikan oleh 1337 Ventures, anda boleh melayari laman web mereka atau menghantar emel kepada info@1337ventures.net

 
Leave a comment

Posted by on March 14, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s