RSS

Pengguna Android 4.3 Dan Sebelumnya?

14 Mar

Google agak aktif dalam mengemaskini perkara berkaitan dengan sekuriti, malah pernah membayar beberapa pihak yang melaporkan masalah sekuriti terus kepada mereka. Namun, ia mengejutkan pelbagai pihak apabila Google kini dilaporkan menghentikan kemaskini sekuruti untuk Android WebView bagi peranti yang menjalankan Android 4.3 dan yang sebelumnya. Bagi yang tidak mengenali akan WebView, ia merupakan salah satu komponen pada Android, membolehkan sesuatu aplikasi untuk membuka laman web terus pada aplikasi berkenaan tanpa perlu melalui pelayar web. Melalui masalah yang dikenal-pasti baru-baru ini, ia membolehkan pengodam atau pihak ketiga untuk trick pengguna ke sesuatu web, dan memuat-turun perisian yang membahayakan seperti malware. Seperti semua sedia maklum, sejumlah majoriti peranti Android masih menggunakan versi Android Jelly Bean dan sebelumnya. Namun, penghentian pihak Google untuk mengemaskini ini boleh dikatakan bukan salah mereka sepenuhnya. Walaupun terdapat sejumlah patch yang dikeluarkan oleh Google sebelum ini, tetapi pihak pengeluar peranti tidak mengemaskininya pada peranti mereka, menjadikan pengguna Android versi lama masih terdedah dengan masalah ini. Malah, kebanyakkan peranti Android boleh dikatakan jarang menerima kemaskini daripada pengeluar mereka. Google sendiri mengambil serius perkara ini, dan telah mula menawarkan kemaskini terus kepada pengguna melalui beberapa kaedah. Salah satunya adalah dengan menawarkan kemaskini aplikasi secara berasingan terus melalui Google Play Store. Google turut telah mengatakan sebelum ini yang mana mereka akan menawarkan kemaskini sekuriti secara terus melalui Play Store sebelum ini – sekaligus menjadikan peranti Android lebih selamat berbanding sebelumnya yang perlu menantikan kemaskini daripada pengeluar – yang mana amat jarang berlaku. Untuk pengguna peranti yang menggunakan KitKat dan Lolipop, anda mungkin tidak perlu risau lagi, memandangkan kemaskini semasa Google ditawarkan melalui PlayStore, termasuk berkaitan Android WebView ini. Bagi pengguna peranti Jelly Bean dan sebelumnya, mungkin anda boleh menjadikan peranti anda lebih selamat dengan menggunakan pelayar web seperti Google Chrome untuk melayari web berbanding menggunakan pelayar web terbina pada sesuatu aplikasi.

 
Leave a comment

Posted by on March 14, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s