RSS

Xiaomi Mi Note Dilancarkan

14 Mar

Xiaomi hari ini telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar baru, dinamakan sebagai Xiaomi Mi Note. Secara kasarnya, ia dibandingkan dengan peranti Apple iPhone 6 Plus, dimana Mi Note ini merupakan telefon pintar dibawah keluarga flagship, berbeza dengan telefon pintar dibawah keluarga Redmi Note. Ia membawakan skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan HD penuh. Pihak Xiaomi mengatakan ia telah meningkatkan paparan warna dan juga kontras, sekaligus menawarkan warna skrin yang amat baik berbanding pelbagai peranti lain di pasaran. Seperti beberapa peranti lain, paparan skrin Xiaomi Mi Note akan dioptimasikan berdasarkan kepada pencahayaan persekitaran. Beberapa mod tambahan turut disertakan memfokuskan kepada skrin, termasuk antaranya adalah sokongan Reading Mode dan juga One Hand Mode. Pada bahagian belakang, pihak Xiaomi melengkapkan ia dengan kamera 13-megapixel dengan sokongan OIS, membolehkan anda merakamkan gambar yang jelas walaupun pada beberapa keadaan cahaya. Pihak Xiaomi mengatakan mereka menyertakan LED dwi-tona pada bahagian belakang dalam membolehkan pencahayaan yang lebih semula jadi. Satu lagi perkara yang menjadi fokus utama pada Mi Note ini adalah sokongan audionya, dimana pihak Xiaomi melengkapkan ia dengan sokongan HiFi. Xiaomi mengatakan sebuah teknologi khusus dinamakan SmartPA disertakan pada peranti untuk mengelakkan sebarang kerosakkan disebabkan bunyi yang tinggi. Pada bahagian bateri, ia dilengkapi dengan bateri 3000mAh. Peranti ini turut menyertakan sokongan dwi-SIM iaitu nano-SIM dan juga mikro-SIM, serta sokongan rangkaian 4G. Xiaomi Mi Note turut menyertakan cip pemprosesan Snapdragon 801, memori 3GB RAM bersama-sama dengannya. Dari segi rekaan, ia membawakan rekaan yang nipis, dengan kaca pada bahagian hadapan dan belakang, serta melengkung pada bahagian tepi. Bingkai peranti menggunakan bingkai berasaskan logam, lebih kurang sama seperti pada Mi4 sebelum ini. Xiaomi Mi Note ini hadir dengan sokongan pelbagai rangkaian, dan dijual pada harga 2299 Yuan untuk versi 16GB, dan 2799 Yuan untuk 32GB. Buat masa ini, tiada sebarang tarikh pelancaran yang diberikan untuk pasaran Malaysia.

 
Leave a comment

Posted by on March 14, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s