RSS

Cyanogen Ingin Hadir Dengan Kedai Aplikasi Tersendiri Dalam Tempoh Kurang Dua Tahun

16 Mar

CyanogenMod merupakan salah satu variasi berasaskan kepada kod sumber Android, membolehkan mereka yang teknikal untuk memasangnya pada peranti dan menggantikan versi Android yang hadir pada peranti mereka. Projek tersebut telah bermula sebagai hobi, sebelum ia didaftarkan sebagai syarikat dan mula menerima pelaburan. Pada tahun lepas sahaja, selain hanya menawarkan fail pemasangan Cyanogen OS untuk peranti, mereka turut bekerjasama dengan syarikat seperti OnePlus dan juga Micromax untuk hadir dengan penawaran peranti berasaskan Cyanogen secara terbina. Dengan perkembangan tersebut, semestinya ramai yang ingin mengetahui apakah lagi perancangan Cyanogen dalam masa terdekat. Berkongsi mengenainya, pihak Cyanogen mengatakan yang mana mereka ingin mengurangkan kebergantungan Android daripada Google melalui Cyanogen. CEO-nya mengatakan yang mana mereka ingin membuang integrasi Google pada Android, dan menawarkan versi Android yang terbuka sehingga ke teras, sekaligus membolehkan sesiapa sahaja untuk mengintegrasikan perkhidmatan mereka dengan lebih mendalam. Seperti semua sedia maklum, walaupun Google menawarkan Android secara sumber terbuka, namun perkhidmatan Google yang hadir bersama dengannya adalah tidak. Bercakap mengenai Android, salah satu perkhidmatan yang dicari ramai adalah sokongan Google Play, selain integrasi beberapa perkhidmatan seperti carian Google, GMail, dan sebagainya. CyanogenBeberapa syarikat di China telah sedia menawarkan peranti mereka tanpa integrasi perkhidmatan Google – tetapi hadir dengan kedai aplikasi mereka tersendiri ataupun kedai aplikasi ketiga dari China. Namun, apabila mereka memasarkan peranti pada peringkat global, mereka akan mengintegrasikan perkhidmatan Google – memandangkan ia merupakan salah satu perkara yang diminati dan dicari ramai. Cyanogen turut mengatakan mereka menyasarkan untuk hadir dengan kedai aplikasi mereka tersendiri dalam masa kurang 18 bulan lagi. Ia tidak diketahui lagi bagaimana mereka akan menarik minat pembangun untuk menerbitkan aplikasi pada platform mereka lagi buat masa ini. Beberapa kedai aplikasi ketiga, termasuk Amazon AppStore masih tidak mempunyai penawaran katalog aplikasi yang menyeluruh seperti Google Play buat masa ini. Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah pihak Cyanogen ingin menjayakan perkara ini, dan membawa syarikat mereka setapak kehadapan dengan membebaskan diri daripada kebergantungan terhadap perkhidmatan Google. Dengan terdapat pelabur yang menyokongnya, semestinya ia sesuatu yang menarik untuk melihat langkah Cyanogen seterusnya dalam dunia Android ini

 
Leave a comment

Posted by on March 16, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s