RSS

Persatuan Sukan Elektronik Malaysia Dilancarkan

16 Mar

Hari ini, Persatuan Sukan Elektronik Malaysia telah dilancarkan secara rasminya, sekaligus menyaksikan fokus yang lebih diberikan kepada sukan permainan elektronik di Malaysia – disamping pada masa yang sama mempromosikannya dan membawanya ke tahap yang lebih serius di Malaysia. Persatuan Sukan Elektronik Malaysia atau turut dikenali sebagai eSports Malaysia (ESM) telah pun didaftarkan dengan Suruhanjaya Sukan Malaysia, dan dengan pelancaran rasmi ini, mereka berkongsi beberapa perancangan yang disediakan oleh mereka untuk pertengahan pertama 2015 ini. Seperti semua sedia maklum, sukan elektronik merupakan salah satu industri yang besar dengan pelbagai syarikat yang menyokongnya, disamping ramai pemain antarabangsa menjadikan ia sebagai kerjaya serius. Berdasarkan statistik yang dikongsikan, pasaran permainan elektronik di Asia Tenggara dikatakan sekitar $1 bilion pada tahun ini dan dijangka menjadi sekali ganda menjelang 2017. Dengan pelancaran Persatuan Sukan Elektronik Malaysia ini, mereka akan memfokuskan kepada lima perkara utama, iaitu menjaga kebajikan pemain, memantau dan menetapkan piawaian, mendidik mengenai sukan elektronik, mempromosikan pembangunan permainan, dan pada masa yang sama mendapatkan pengenalan dan pencapaian pada peringkat antarabangsa. Pelancaran ESM ini juga dilihat turut menjadikan Malaysia menyertai badan International e-Sports Federation. Seperti biasa, beberapa perkara utama perlu dilakukan oleh ESM ini dalam masa terdekat, terutamanya dalam mempromosikan sukan elektronik di Malaysia, terutamanya dalam memberikan keyakinan untuk ramai menceburinya tanpa risau akan mengenai masa depan kerjaya mereka dalam arena tersebut. Pihak ESM mengatakan mereka akan mengadakan sebuah siri Jelajah eSports Malaysia dalam membawa bas yang dilengkapi peralatan sukan elektronik dari satu bandar ke bandar lain dalam mempromosikan sukan elektronik. Disamping itu, pihak ESM turut mengatakan mereka akan mengadakan sebuah liga khusus untuk pemain Malaysia, dimana ia dijadualkan untuk dimulakan pada 1 Mei 2015 kelak. Maklumat lanjut mengenainya dijangka akan dikongsikan kelak, dan mungkin ini akan menjadi salah satu titik tolak dalam membawa sukan elektronik setapak kehadapan.

 
Leave a comment

Posted by on March 16, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s