RSS

Komputer Riba Lenovo Dengan Adware Terbina

18 Mar

Lenovo merupakan antara pengeluar komputer riba terkemuka, disamping sering hadir dengan rekaan yang unik dan menarik pehatian pengguna. Agak mengejutkan kini, apabila sebuah adware, dinamakan sebagai Superfish didapati hadir terpasang pada sejumlah komputer riba Lenovo yang dijual di pasaran. Adware yang dinamakan Superfish ini dilihat memberikan kesan kepada penggunaan Internet Explorer dan juga Google Chrome, dimana ia memaparkan iklan daripada pihak ketiga pada web yang dilayari pengguna tanpa kebenaran. Walaupun pada awalnya ia lebih kepada iklan, namun sejumlah pengguna melaporkan Superfish ini juga turut membuat sambungan “yang-dipercayai” tersendiri dalam membolehkan ia mengakses beberapa data yang pada asalnya dilindungi daripada di akses pihak ketiga – seperti laman perbankan dan sebagainya. Perkara ini sekaligus membolehkan pengodam atau pihak ketiga membuat sambungan ke komputer anda dengan melabelkan sambungan mereka sebagai “dipercayai”, sekaligus membolehkan anda mengakses data anda tanpa disedari. Untuk mengelakkannya, perlu mematikan sijil yang dikeluarkan Superfish ini secara manual buat masa ini. Sejumlah perisian antivirus sedia melabelkan Superfish sebagai adware dan meminta pengguna untuk membuangnya. Untuk mematikannya, anda perlu:

1. Pada menu Start / CharmBar di Windows 8, buat carian Certificate Manager, dan bukanya.
2. Pergi ke Current User\Trusted Root Certificate Authority.
3. Pada Superfish, klik-kanan, dan matikannya.

Pihak Lenovo mengatakan mereka telah menghentikan pemasangan perisian tersebut pada komputer buat masa ini. Bagi pengguna komputer riba Lenovo sedia ada, anda boleh memastikan sistem anda bebas, dan membuang adware ini sekiranya ia terdapat pada komputer riba anda. Seperti biasa, jika Lenovo tidak memberikan kata putus kepada pengguna secepat mungkin, atau mengatasi perkara ini, tidak mustahil untuk melihat pengguna tidak memilih jenama Lenovo dalam pembelian komputer riba akan datang mereka. Buat masa ini, beberapa model sahaja dilihat terancam dengan masalah ini, tetapi ada baiknya untuk anda turut menyemak dan mematikan persijilan yang dikeluarkan oleh Superfish ini.

 
Leave a comment

Posted by on March 18, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s