RSS

Platform E-Dagang Tempatan Bazaare Diumumkan

18 Mar

Arena E-Dagang merupakan satu arena yang aktif di Malaysia. Tahun lepas, MDeC telah melakukan kempen #MYCybersale yang telah memperoleh RM 67.4 juta bagi jumlah barangan yang terjual melalui perniagaan atas talian. Terdapat pelbagai platform dan aplikasi berkaitan E-Dagang memfokuskan pasaran Malaysia dan pada hari ini, platform Bazaare diumumkan setelah melalui fasa percubaan bermula tahun lepas. Menariknya, menerusi perkongsian mereka, dari 18,000 peniaga atas talian yang menyertai platform Bazaare semasa tempoh percubaan, majoriti perniagaannya dimiliki oleh usahawan wanita. Ini kerana salah satu fokus mereka adalah untuk perniagaan tradisional seperti perkhidmatan untuk wanita mengandung, kuih-muih dan ubatan tradisional, serta kraftangan eksotik. Selain dari penawaran platform, Bazaare turut menyediakan perkhidmatan buat peniaga antaranya menguruskan pelan promosi, program kesetiaan pelanggan dan bermacam lagi. Terdapat beberapa fungsi khusus dikhaskan untuk pemilik perniagaan yang menyertai platform ini dimana mereka boleh melakukan jualan khas (flash sales), memberikan baucer diskaun, memberikan promosi pembelian bersama (Purchase with Purchase) dan termasuklah fungsi kad kesetiaan yang diberikan buat mereka yang membeli menerusi aplikasi ini. Selain dari itu mereka turut mengumumkan Karnival Borong-Borong Bazaare, dimana mereka akan membuat jelajah seluruh semenanjung bagi mempromosi platform mereka. Antara bandar yang bakal dilawati mereka termasuk Taiping, Georgetown, Alor Star, Kota Bahru, Batu Pahat, Ayer Keroh, Kuala Terengganu, Bangi dan lain-lain.  Platform Bazaare ini akan dilancarkan secara rasmi pada bulan April dan buat masa ini, ia hanya tersedia pada laman web mereka dan juga pada platform Android namun ia hanya memaparkan kiraan masa sebelum ianya beroperasi sepenuhnya. Aplikasi ini akan tersedia pada platform iOS tidak lama lagi. Layari: Bazaare http://www.bazaare.com.my/

 
Leave a comment

Posted by on March 18, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s