RSS

Samsung Mengumumkan Televisyen SUHD Melengkung Berasaskan Tizen

18 Mar

Pada bulan lepas, Samsung telah pun sedia memperkenalkan sejumlah televisyen baru untuk pasaran global. Terkini, bersempena Samsung Forum yang diadakan di Thailand, Samsung turut berkongsi perancangan untuk membawa masuk televisyen berkenaan untuk pasaran Asia Tenggara, terutamanya Malaysia. Televisyen baru daripada Samsung ini membawakan panel berasaskan SUHD. Daripada apa yang dipertontonkan, panel SUHD ini membawakan paparan gambar yang lebih cantik dan terang berbanding dengan penggunaan panel lain di pasaran. Tahun lepas, Samsung telah memperkenalkan televisyen UHD, dan pada tahun ini, dengan penawaran SUHD, Samsung mengatakan mereka memfokuskan kepada penawaran premium, termasuk dengan rekaan melengkung. Skrin melengkung ini dikatakan membawakan sudut tontonan yang lebih luas, tidak kira dari kedudukan mana anda menonton televisyen berkenaan. Bercakap mengenai SUHD, pihak Samsung mengatakan mereka menggunakan teknologi nano-kristal dalam menawarkan harga yang terang, jelas, serta penawaran warna dan kejelasan gambar yang lebih baik. Dari segi perbandingan, ia membawakan kejelasan lebih 2.5 kali ganda berbanding UHD TV sebelum ini, dan 64 kali ganda color-expression berbanding televisyen biasa. Seperti semua sedia maklum, kandungan dalam paparan 4K masih kurang buat masa ini. Dan untuk mengatasinya, Samsung turut mengumumkan UHD Alliance yang mana hadir dengan kerjasama beberapa syarikat penerbit filem terkemuka seperti Disney, 20th Century Fox, dan beberapa yang lain. Dari segi saiz televisyen SUHD baru ini, pihak Samsung hadir dengan penawaran dari saiz 55-inci sehingga 88-inci, dan turut hadir dengan beberapa pilihan model. Dengan penggunaan Tizen, Samsung turut mengintegrasikan pelbagai sokongan pintar, termasuk sokongan Sony PlayStation Now, kebolehan memainkan dan mengawal media daripada televisyen, memudahkan anda mengikuti pelbagai kemaskini terus daripada skrin televisyen anda. Sejumlah model akan hadir ke pasaran tempatan, dan menurut Samsung, harga jualannya berkemungkinan tidak jauh berbeza dengan penawaran sedia ada untuk televisyen UHD mereka di pasaran tempatan.

 
Leave a comment

Posted by on March 18, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s