RSS

Acer Melancarkan 5 Peranti Baru

21 Mar

Acer telah memulakan acara di MWC dan menjadi yang pertama membuka pamerannya di bandar Barcelona. Mereka telah memperkenalkan lima peranti baru, iaitu tiga peranti telefon pintar Android dan satu telefon pintar berasaskan Windows Phone. Mereka juga turut memperkenalkan peranti jam tangan pintar. Mereka telah mengemaskini peranti berspesifikasi tinggi mereka dalam keluarga Jade, iaitu Liquid Jade Z. Peranti ini membawakan cip pemprosesan Mediatek MT 6732m 64-bit empat teras Mediatek, paparan 5-inci HD IPS Gorilla Glass dan mempunyai sokongan 4G LTE. Ia mempunyai ketebalan senipis 7.9mm dan ketebalan 110g dan mempunyai permukaan belakang dengan kemasan yang diinspirasikan dari sutera Thailand. Ia dijual pada harga 199 Euro (RM805). Peranti kedua yang diumumkan adalah Acer Liquid Jade Z520 iaitu peranti kelas pertengahan dan mempunyai cip pemprosesan 1.2Ghz Snapdragon 400 dengan 1GB RAM, kamera utama 8MP dan kamera selfie 2MP. Pengguna juga boleh merakam gambar selfie menggunakan arahan suara. Ia mempunyai skrin IPS 5 inci dan dijual pada harga 109 Euro. (RM 441). Peranti ketiga yang diumumkan adalah Acer Liquid Z220. Peranti berspesifikasi asas ini beroperasi menggunakan Android Lollipop dan mempunyai skrin bersaiz 4 inci dengan resolusi 800×480. Ia mempunyai cip pemprosesan 1.2Ghz dwi teras, RAM 1GB, storan 4GB dan kamera utama 5MP dan kamera hadapan 2MP. Ia dijual pada harga 89 Euro (~RM 360). Peranti keempat yang diumumkan ialah Acer Liquid M220, dengan bentuk seakan-akan Z220 namun dijalankan menggunakan Windows Phone 8.1. Peranti ini hadir pada saiz 4 inci dengan resolusi 480×800 pixel, cip pemprosesan 1.2Ghz dwi teras, 512MB RAM, storan 4GB dan kamera utama 5MP dan kamera hadapan 2MP. Ia dijual pada harga 79 Euro (~RM320) dan mempunyai storan yang kurang berbanding versi Android Z220. Peranti jam tangan pintar Acer iaitu Liquid Leap+ yang diumumkan boleh beroperasi dengan platform iOS, Android dan Windows dan mempunyai tali yang boleh ditukar ganti. Ia mempunyai bateri bertahan sehingga 7 hari, dan membawakan paparan OLED skrin sentuh. Pada peranti ini tidak terdapat sebarang butang dan ia kalis air IPX7. Seperti peranti jam tangan pintar yang lain ia boleh merekod penggunaan kalori, merekod aktiviti kecergasan serta memantau corak tidur pemakai. Ia hadir pada beberapa pilihan warna iaitu Hitam, Merah Jambu dan Hijau.

 
Leave a comment

Posted by on March 21, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s