RSS

Android For Work

21 Mar

Android for WorkKetika Google I/O 2014 yang lepas, pihak Google telah berkongsi mengenai perancangan mereka untuk Android for Work. Melalui program tersebut, Google ingin memudahkan pengguna menggunakan peranti yang sama untuk tujuan peribadi dan perniagaan, serta menawarkan pengasingan dan sekuriti untuk data. Hari ini, Google berkongsi lebih lanjut berkenaan dengannya, dan turut memperkenalkan ia bersama-sama dengan beberapa rakan kerjasama lain. Android for Work ini bakal memfokuskan kepada empat komponen utama, termasuk profil khusus untuk tugasan kerja yang dijayakan melalui sokongan multi-pengguna di Android 5.0 Lollipop. Ini membolehkan pengguna menggunakan aplikasi peribadi pada sesuatu peranti tanpa ia bercampur data dengan aplikasi khusus untuk kerja. Sesuatu syarikat juga boleh menguruskan data pekerja tanpa mengakses atau memadam kandungan data pengguna sedia ada. Disamping itu, beberapa aplikasi khusus disediakan untuk Android for Work ini yang turut memberikan akses kepada bahagian IT sesuatu syarikat untuk menguruskan datanya, dan menawarkan sambungan yang selamat bagi emel, kalendar dan lain-lain. Google turut menawarkan sebuah Google Play for Work khusus untuk memudahkan syarikat dan pengguna menguruskan aplikasi khusus untuk perusahaan ini. Dan akhir sekali, Google menyediakan pelbagai aplikasi khusus untuk perusahaan dengan fokus terhadap produktiviti dan memudahkan pengguna membuat tugasan terus melalui peranti mudah-alih mereka. Sejumlah rakan kerjasama telah diumumkan untuk membangunkan kandungan, menawarkan perkhidmatan, malah menyokongnya terus pada peranti Android yang dikeluarkan mereka. Sokongan integrasi daripada BlackBerry BES juga turut hadir pada Android for Work ini. Dengan pengenalan ini, kita mungkin akan dapat melihat trend sama ada ia diterima pengguna ataupun sebaliknya dalam beberapa bulan lagi. Bagi anda sendiri, adakah anda akan lebih selesa menggunakan fungsi seperti ini ataupun mengasingkannya menggunakan dua peranti berbeza ?

 
Leave a comment

Posted by on March 21, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s