RSS

Aplikasi Pintar Untuk Mengesahkan Status Pelajar Luar Negara Akan Dihasilkan

21 Mar

Malaysia ialah antara negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia. Kadar buta huruf di negara kita lebih rendah berbanding di Ghana, Djibouti , Zimbabwe dan Kepulauan Turks & Caicos.  Dari segi penguasaan bahasa Inggeris pula kita adalah yang terbaik di Asia Tenggara. Jelas sekali disini Malaysia mampu menghasilkan pelajar bijak kerana mempunyai ramai guru terampil. Oleh sebab itu negara kita menjadi tumpuan puluhan ribu pelajar dari luar negara yang mahu mendapatkan pengajian berkualiti dunia. Jumlah pelajar luar negara di Malaysia adalah besar kerana terdapat 500 kolej dan universiti swasta di negara kita. Malang sekali ada juga yang hadir ke Malaysia dengan visa pelajar tetapi kemudiannya menyalahgunakannya untuk menjadi pengedar dadah dan gadis pelayan tamu. Oleh sebab itu pelajar luar negara di Malaysia harus sentiasa membawa sijil pengenalan diri yang diberikan oleh Jabatan Imigresen. Tetapi sijil ini juga boleh dipalsukan dan memerlukan beberapa hari untuk disahkan menggunakan sistem yang ada sekarang. Pelajar yang sah menjadi mangsa apabila ditahan selama tempoh sijil pengenalan diri mereka disahkan. Oleh sebab itu Education Malaysia Global Services (EMGS) bekerjasama dengan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) untuk menghasilkan aplikasi telefon pintar untuk digunakan oleh pihak berkuasa bagi memudahkan proses mengesahkan identiti pelajar luar negara. Aplikasi ini akan mengimbas kod Secure Quick Read (SQR) pada belakang i-Kad ,kad pengenalan pelajar yang  mula digunakan tahun lalu. Dari kod SQR tersebut status sah atau tidak pelajar dapat diketahui dengan pantas. Ini bukan sahaja memudahkan tugas pihak berwajib untuk menangkap pelajar yang melanggar visa pelajar tetapi memastikan tiada tangkapan akan berlaku kepada pelajar yang sah belajar. Sebuah langkah yang bijak dan menggunakan teknologi sedia ada dengan bestari.

 
Leave a comment

Posted by on March 21, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s