RSS

Apple Memperkenalkan MacBook Baru Dengan Skrin Bersaiz 12-inci, Papan Kekunci Baru

21 Mar

Apple hari ini mengambil pentas utama pada acara media mereka, dan mengumumkan beberapa perkara baru. Salah satunya adalah komputer riba terbaru daripada mereka – seperti mana yang diura-ura sebelum ini, iaitu MacBook bersaiz 12-inci dengan paparan resolusi tinggi. Macbook baru ini membawakan rekaan yang baru – lebih nipis dan ringan berbanding komputer riba MacBook sebelum ini. Komputer riba MacBook baru ini hadir dengan papan kekunci yang diberikan nafas baru. Ia direkabentuk dari hujung ke hujung, menawarkan pengalaman penggunaan papan kekunci biasa kepada pengguna. Disamping itu, Apple juga turut mengatakan mereka kini mengoptimasikan setiap kekunci pada papan kekunci untuk lebih stabil inputnya berbanding papan kekunci lain di pasaran. Trackpad pada MacBook baru ini juga turut dikemaskini dan dinaik-taraf, dimana pengguna boleh membuat sejumlah kawalan menggunakannya dan menekannya. Apple mengatakan komputer riba MacBook terbaru daripada mereka ini merupakan komputer riba paling efisyen dalam penggunaan tenaga, dan mampu bertahan sehingga sepanjang hari – sesuai untuk mereka yang selalu bekerja di luar. Disamping itu, salah satu perubahan drastik yang dilakukan oleh Apple pada MacBook ini adalah mereka telah membuang pelbagai port yang kebiasaannya disertakan pada komputer riba, sebaliknya hanya menyertakan satu port USB Type-C sahaja. Proses pengecasan menggunakan port sama, selain daripada penggunaan lain termasuk untuk paparan tambahan dan sebagainya. Untuk tujuan lain, Apple menekankan pengguna untuk menggunakan sokongan Bluetooth dan WiFi – serta menekankan sokongan Continuity yang dibawakan oleh OS X Yosemite. Dari segi spesifikasi ia hadir dengan cip pemprosesan Intel Core M 1.1Ghz, menggunakan grafik Intel HD 5300, memori 8GB RAM, dan ruangan storan 256GB SSD. Variasi spesifikasi tinggi dengan Intel Core M 1.2Ghz dan ruangan storan sebesar 512GB turut ditawarkan oleh Apple, dan akan dijual di sejumlah besar negara bermula 10 April kelak. Apple MacBook baru ini hadir dalam tiga pilihan warna, iaitu perak, kelabu dan juga warna emas – lebih kurang seperti penawaran iPad dan iPhone.

 
Leave a comment

Posted by on March 21, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s