RSS

HappyFresh Membolehkan Anda Membeli Barangan Runcit Dan Dihantar Dalam Masa Sejam

21 Mar

Salah satu perkhidmatan baru yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia hari ini adalah HappyFresh. HappyFresh merupakan salah satu aplikasi mudah-alih yang ditawarkan untuk Android dan juga iPhone, membolehkan anda membuat tempahan barangan runcit terus menggunakannya. Melalui aplikasi berkenaan, pada pertama kali anda memulakannya, anda akan diperlihatkan dengan jumlah kedai yang berdekatan dengan anda yang berdaftar dengan HappyFresh. Sebaik sahaja memilih kedai yang anda inginkan, anda seterusnya boleh memulakan proses membeli barangan terus melalui aplikasi berkenaan. Selepas selesai check-out, anda akan diminta membuat bayaran menggunakan kad kredit, dan seterusnya HappyFresh menjanjikan penghantaran dalam masa lebih kurang sejam selepas itu. Anda juga turut boleh memilih masa dan tarikh yang sesuai untuk penghantaran – dan HappyFresh beroperasi mengikut masa operasi sesuatu kedai – biasanya dari pukul 10 pagi ke 10 malam. Buat masa ini, HappyFresh hanya meliputi segelintir kawasan di Kuala Lumpur sahaja. Menggunakan aplikasi sama juga anda turut boleh memantau proses penghantaran dilakukan dan dimanakah lokasi semasa penghantar. Untuk tujuan penghantaran, penghantaran pertama adalah percuma. Penghantaran dalam masa sejam dikenakan caj penghantaran sebanyak RM20 untuk pembelian bernilai bawah RM100, dan RM15 untuk pembelian melangkaui angka RM100. Penghantaran lain pula dikenakan caj sebanyak RM15 untuk pembelian bawah RM100, RM10 untuk pembelian dibawah RM300, dan percuma jika membeli melangkaui RM300. Pengguna akan diperlihatkan dengan kos yang terlibat dengan penghantaran sebelum mereka membuat pembayaran. Bagi anda yang menetap di Kuala Lumpur, boleh mencuba perkhidmatan ini hari ini dengan memuat-turun aplikasi HappyFresh daripada Google Play Store atau Apple AppStore.

 
Leave a comment

Posted by on March 21, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s