RSS

HP Spectre x360 Diperkenalkan

21 Mar

Pada awal minggu ini, selain daripada sejumlah pengumuman berkaitan dengan telefon pintar, pihak HP turut telah hadir dengan sebuah komputer riba yang terbaru dan hadir dengan beberapa ciri-ciri premium, dinamakan sebagai HP Spectre x360. Komputer riba yang boleh diputarkan 360-darjah, lebih kurang seperti rekaan Lenovo Yoga turut telah diperlihatkan pada acara Mobile World Congress 2015, dan turut menjadi salah satu tarikan utama di reruai HP. Komputer riba ini hadir dengan rekaan yang amat premium daripada HP, dan pada masa yang sama, ia menggunakan logo dengan nama penuh “Hewlett-Packard”. Menurut wakil HP, ia merupakan bersempena dengan ulang-tahun ke-75, dan mereka memilih untuk menggunakannya bagi memberikan pengalaman yang lebih premium berbanding dengan penggunaan logo biasa. Komputer riba ini turut dilengkapi dengan sokongan skrin sentuh, dan pengguna boleh memutarkan skrin pada komputer riba berkenaan mengikut penggunaan. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan ia sebagai komputer riba biasa, atau menggunakannya dengan mendirikan ia untuk menikmati video, atau akhir sekali turut melipatkan skrin ke belakang untuk menggunakan ia sebagai tablet. Ketika menggunakan ia sebagai tablet, boleh dikatakan agak besar, dan tidak begitu sesuai untuk digunakan dengan memegangnya, tetapi mungkin lebih kepada melipatnya dan meletakkan pada meja untuk mengggunakannya. Komputer riba HP Spectre x360 ini juga turut dilengkapi dengan butang Windows pada bahagian tepi komputer riba untuk mengaktifkan atau mengunci skrin, selain butang kuasa yang turut diposisikan pada bahagian tepi. Pelbagai slot utama disertakan, termasuk HDMI, USB, dan juga sokongan untuk pembaca kad-SD. Dari segi spesifikasi, pihak HP melengkapkan ia dengan cip pemprosesan Intel Core dengan pilihan antara i5 atau i7. memori sehingga 8GB RAM, ruangan storan sehingga 256GB SSD, dan menggunakan skrin bersaiz 13.3-inci. Ia turut hadir dengan sokongan skrin sentuh untuk menggunakan dengan sokongan sentuh. Papan kekunci untuk HP Spectre x360 pula turut dilengkapi dengan sokongan lampu blacklit yang boleh dikawal menggunakan papan kekunci. Pihak HP turut menekankan komputer riba ini mampu bertahan sehingga 12.5-jam lamanya untuk penggunaan biasa, sekaligus menawarkan masa penggunaan di pejabat sepanjang hari menggunakan komputer riba ini. Buat masa ini, komputer riba dengan rekaan premium, nipis dan ringan ini hanya telah dijual di Amerika Syarikat sahaja pada harga bermula $899.99 (~RM3300) untuk versi Core i5, dan $1149.99 (~RM4200) untuk Core i7. Pihak HP mengatakan komputer riba ini akan dipasarkan di seluruh dunia secara berperingkat, dan bukannya terhad untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja.

 
Leave a comment

Posted by on March 21, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s