RSS

Mencuba HTC Vive Berasaskan Steam VR

21 Mar

HTC pada pelancaran One M9 tempoh hari, telah membuat kejutan apabila mengumumkan kerjasama dengan pihak Valve, dan hadir dengan peranti realiti-maya mereka tersendiri, dinamakan sebagai HTC Vive. Kami telah berpeluang untuk mencubanya pada Mobile World Congress, dan daripada percubaan kami pada beberapa peranti realiti-maya yang lain, HTC Vive dilihat menawarkan sesuatu yang amat menarik. Sebelum ini, kami telah pun mencuba Google Cardboard dan juga Gear VR daripada Samsung. Namun, kedua-duanya berfungsi dengan lebih kurang seperti meletakkan skrin pada muka sahaja dan tidak menawarkan pemandangan menyeluruh. HTC Vive ini dilihat membawa ia setapak kehadapan, dan pengguna turut boleh berjalan, dan ia memberikan kesan pengalaman yang agak berbeza dan lebih semulajadi. HTC Vive tidak menggunakan sebarang telefon pintar untuk berfungsi, sebaliknya memerlukan pengguna menghubungkan ia kepada komputer. Valve mengatakan ia menyokong semua sistem operasi, termasuk Windows, Linux, OS X dan juga Steam Machine. Memandangkan ia berhubung ke komputer, maka wayar yang agak panjang digunakan untuk demo kami. Bilik yang digunakan oleh pihak HTC juga adalah bilik kosong, dan dua sensor dipasang pada bilik berkenaan untuk mengenal-pasti dinding dan supaya pengguna tidak terlanggar. Disamping itu, pada demo kami juga, pihak HTC menyediakan dua alat kawalan, dimana dipegang pada tangan kiri dan kanan. Kami tidak dibenarkan merakamkan sebarang gambar memandangkan ia masih lagi pada peringkat pembangunan, dan berkemungkinan HTC dan Valve akan memperkemaskan ia untuk versi akhir kelak. Sebaik sahaja memakainya, demo untuk HTC Vive berasaskan Steam VR dimulakan. Pada pertama kali, kami ditawarkan dengan demo untuk mengenal-pasti dinding. Anda boleh berjalan mengelilingi dinding, dan apabila menghampiri dinding, ia akan memaparkan had dalam bentuk garisan grid, sekaligus mengelakkan anda daripada terlanggarnya. Ini agak memudahkan dan pada masa yang sama mengelakkan pengguna daripada terganggu daripada pengalaman realiti-maya yang ditawarkan. Beberapa bentuk demo ditawarkan pihak HTC dalam jangka-masa lebih kurang 15 minit kami mencubanya. Demo pertama yang diperlihatkan adalah di dapur, yang mana pengguna boleh memasak dan mengawal pelbagai peralatan dan bahan di dapur. Kami mencubanya dengan mengambil makanan – yang mana pada awalnya agak kekok sedikit kerana ia turut dikawal bersama alat-kawalan. Selepas seketika, kami berjaya mengawalnya dengan mudah. Menariknya mengenai pengalaman realiti-maya yang ditawarkan oleh HTC Vive ini adalah memandangkan kelakukan pengguna turut memberikan kesan. Sebagai contoh, anda boleh melambung kek yang dimasak, membaling perkakasan, dan pelbagai perkara lain. Jika terjatuh, anda juga boleh mengutipnya kembali, dan membuat perkara seperti membuka ketuhar. Selain di dapur, untuk demo HTC Vive juga, pihak HTC menyediakan beberapa kandungan lain, dan salah satunya adalah membaiki robot. Anda boleh berjalan mengelilingi sesuatu robot berkenaan dan melihat pemandangan 360-darjah. Disamping itu, ketika menaiki kapal laut pula, anda boleh ke bucu kapal, dan lihat ke bawah kapal untuk melihat keadaan laut dan pemandangan sekitar. Anda juga turut boleh melutut, merangkak dan sebagainya, dan ia memberikan kesan masa-nyata pada dunia realiti-maya berkenaan. Selepas menggunakan seketika, kami agak dapat membiasakan diri menggunakannya. Menariknya mengenai HTC Vive ini adalah apabila selepas selesai menggunakannya, ia tidak menyakitkan mata seperti penggunaan beberapa peranti realiti-maya di pasaran hari ini. Mungkin mereka dapat menjadikan HTC Vive ini agak selesa di wajah pengguna, selain mengawalnya dari segi perisian agar tidak memberikan tekanan yang tinggi kepada pengguna. Menurut pihak HTC, Vive dan Steam VR ini masih lagi pada peringkat pembangunan, dan mereka akan bekerjasama dengan beberapa penyedia kandungan untuk hadir dengan kandungan khusus untuknya. Mereka menyasarkan untuk hadir dengan versi khusus untuk pengguna kelak pada penghujung tahun ini, dan akan ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu. HTC mengatakan ini merupakan produk global, dan mereka juga akan menawarkan ia ke pelbagai pasaran seluruh dunia bermula tahun hadapan.

 
Leave a comment

Posted by on March 21, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s