RSS

Samsung Galaxy S6 Dan S6 Edge

21 Mar

Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge diumumkan secara rasmi hari ini oleh Samsung. Kedua-dua peranti mempunyai skrin 5.1″ SAMOLED dengan resolusi QHD (577 PPI). Ia diperkasakan pemproses Exynos lapan teras (2.1 GHz + 1.5 GHz), RAM 3 GB dan muatan dalaman 32, 64 serta 128 Gigabyte. Tiada sokongan penambahan memori dalaman menggunakan kad MikroSD. Sistem operasi Android Lollipop dengan antaramuka TouchWiz yang dikemaskini digunakan. Perbezaan paling ketara di antara dua  peranti baru ini berbanding S5 ialah ia mempunyai panel belakang yang diperbuat daripada kaca Gorilla Glass 4. Seperti Galaxy A7, S6 dan S6 Edge tidak mempunyai panel belakang yang boleh dibuka dan bateri tidak boleh ditanggalkan. Peranti keluar S6 kini mampu dicas secara tanpa wayar dan menyokong beberapa pengecas tanpa wayar yang sudahpun berada di pasaran. Pihak Samsung sendiri mempunyai sistem pengecasan tanpa wayar mereka sendiri berbentuk seperti piring. Dari segi kemampuan optik S6 dan S6 Edge menggunakan kamera utama sebesar 16 Megapixel. Kamera hadapan pula ialah sebesar 5 Megapixel dengan lensa sudut lebar. Kedua-dua kamera mempunyai lensa F 1.9 untuk mengambil gambar yang baik di dalam keadaan gelap. Kamera utama juga kini boleh melakukan focus tracking bagi memastikan objek yang diambil akan sentiasa terfokus dengan betul. Perbezaan di antara S6 dan S6 Edge ialah, S6 Edge mempunyai skrin yang melengkung pada kedua-dua sisi. Bateri S6 Edge juga sedikit lebih besar iaitu 2600 mAh berbanding 2550 mAh pada S6. Skrin sisi pada kedua-dua belah peranti membolehkan S6 Edge digunakan dengan mudah walaupun anda seorang kidal. Yang mengejutkan bagi kami ialah kesemua fungsi skrin sisi yang ada pada Note Edge tidak lagi digunakan. Fungsi skrin sisi kini terhad kepada People Edge. Ia membenarkan anda meletakkan 5 pintasan pantas untuk 5 nombor individu pilihan anda. Setiap individu akan diberikan kod warna tersendiri. Apabila panggilan diterima skrin sisi akan menyala mengikut warna yang anda telah tetapkan. Maklumat serta berita mutakhir juga boleh dipaparkan pada skrin sisi. Kedua-dua peranti turut mempunyai sokongan pengecasan pantas. Menurut Samsung peranti boleh dicas sehingga penuh dalam masa 80 minit. Terdapat empat pilihan warna untuk S6 iaitu hitam, putih, emas dan biru topaz. Untuk S6 Edge pula ialah hitam, putih, emas dan hijau zamrud. Beberapa cangkerang khas turut dihasilkan oleh Samsung. Cangkerang untuk S6 Edge adalah yang paling menarik kerana mempunyai panel plastik lutsinar pada bahagian hadapan. Cangkerang keras ini menutup skrin sisi dan memberikan sedikit pertahanan dari ianya terhentak terus pada permukaan lantai sekiranya terjatuh.

 
Leave a comment

Posted by on March 21, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s