RSS

ZTE Memperlihatkan Jam Tangan Dengan Sokongan Memantau Kecergasan

21 Mar

Arena jam tangan pintar menyaksikan sejumlah pengeluar peranti menyertainya. Namun, salah satu kekangan buat masa ini adalah penawaran masa bertahan bateri melalui jam tangan pintar berkenaan, dimana kebanyakkannya hanya mampu bertahan sehingga tiga hari, dan Pebble dilihat mampu bertahan sehingga seminggu sahaja. Perkara ini membuatkan pengguna sering perlu mengecas peranti mereka, dan mungkin tidak begitu digemari ramai. Masalah ini cuba diatasi oleh pihak ZTE dengan pengenalan jam tangan baru mereka yang hadir dengan sokongan memantau kecergasan. Jam tangan ini menggunakan bateri berbentuk bulat yang biasa digunakan pada jam hari ini. Menurut ZTE, ia mampu bertahan sehingga tiga tahun lamanya, tetapi jika mengaktifkan fungsi seperti untuk aktiviti sukan, pemantauan masa tidur – maka ia akan bertahan sehingga 8 bulan. Dari segi rekaan, jam tangan ini berbentuk lebih elegan, dan mempunyai sokongan kalis air sehingga kedalaman 30 meter. Jam yang dikenali sebagai “Venus Business Intelligence Watch” ini masih lagi pada peringkat prototaip, dan menurut wakil ZTE, ia akan dipasarkan lebih kurang pada suku kedua tahun ini. Untuk kawalan, pihak ZTE menyertakan butang kawalan fizikal pada bahagian tepi, dimana apabila salah satu butang ditekan, ia akan mengaktifkan sokongan Bluetooth untuk digunakan oleh pengguna bagi menghubungkan ia kepada telefon pintar dan mengakses data. Pengguna juga turut boleh menggunakan butang berkenaan untuk mematikan sokongan Bluetooth, selain turut mengaktifkan sokongan memantau kecergasan. ZTE turut menyediakan sebuah aplikasi khusus untuk jam tangan ini, membolehkan pengguna memantau beberapa data seperti langkah perjalanan yang dilakukan, selain memantau gaya tidur seseorang. Pengguna boleh turut menekan sebuah butang khas, dan ia akan memaparkan lampu pada jam tangan berkenaan berapakah peratus yang telah berjaya diselesaikan anda pada sesuatu hari berkenaan. Bersama-sama dengan jam tangan yang berbentuk klasik ini, pihak ZTE juga turut memperkenalkan satu lagi jam tangan yang dikenali dengan nama “S2″. ZTE mengatakan jam tangan ini memfokuskan mereka yang aktif bersukan, dan ia hadir dengan sokongan untuk menerima notifikasi daripada panggilan telefon. Jam tangan ini membawakan rekaan yang lebih mesra pengguna, selain beberapa ciri-ciri tambahan, termasuk memperlihatkan notifikasi sekiranya anda tidak bergerak dan hanya duduk di satu lokasi sahaja buat seketika. Jam tangan ini menggunakan bateri yang perlu dicas melalui sebuah dock khusus, dan menurut ZTE, pengecasan selama 2 jam akan memberikan masa penggunaan sehingga 1 bulan lamanya. Jam ini juga turut dilengkapi dengan sokongan kalis air sehingga kedalaman 50 meter. Jam tangan ketiga yang turut dipertontonkan oleh pihak ZTE adalah memfokuskan kepada mereka yang aktif bersukan, dan menggunakan nama kod “G1″. Jam tangan ini hadir dengan sokongan integrasi GPS terbina, membolehkan anda memantau jarak dan kelajuan larian anda setiap hari. Memandangkan ia menggunakan sokongan GPS, maka masa bertahan bateri adalah agak singkat. Setiap cas penuh menawarkan masa penggunaan GPS sehingga 8 jam, tetapi anda turut boleh menggunakan ia sebagai jam biasa tanpa mengaktifkan sokongan GPS. Jika tidak mengaktifkan sokongan GPS, pengecasan selama 2 jam mampu bertahan penggunaannya sehingga 90 hari lamanya. Jam ini turut hadir dengan sokongan kalis air sehingga kedalaman 50 meter. Jam tangan yang dipertontonkan ini masih pada peringkat pembangunan buat masa ini, dan ZTE mengatakan akan dipasarkan bermula suku kedua 2015 ini. Jam tangan ini disasarkan untuk pasaran global, maka mungkin kita akan dapat melihatnya ia turut dipasarkan di luar China.

 
Leave a comment

Posted by on March 21, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s