RSS

Apakah Data Yang Diakses Oleh Aplikasi Android Pada Telefon Pintar Anda

25 Mar

Setiap aplikasi yang terpasang pada telefon anda, biasanya akan mengakses beberapa tetapan lain atau data pada telefon pintar dalam menawarkan beberapa perkara – seperti akses ke internet untuk memaparkan kemaskini pada aplikasi Facebook, akses kepada kamera untuk merakamkan gambar pada aplikasi Instagram – dan pelbagai penggunaan dan akses yang lain. Google sendiri sering memaparkan akses yang diminta oleh sesuatu aplikasi ketika anda ingin memasangnya melalui Google Play Store – tetapi daripada pengamatan kami, sejumlah besar pengguna tidak mengambil peduli mengenainya. Ketika anda memilih untuk memasang aplikasi – sama ada melalui web Play Store ataupun pada aplikasi di Android anda, ia akan memaparkan sebuah pop-up dengan sejumlah akses yang diperlukan untuk aplikasi tersebut berfungsi. Mungkin untuk aplikasi popular, ia sering dipantau oleh komuniti dan pelbagai maklumbalas dikongsikan melalui laman sosial mahupun ruangan komen. Namun, dengan jutaan aplikasi yang terdapat di PlayStore, ada baiknya anda juga turut melakukan semakan untuk sesuatu aplikasi berkenaan. Sebagai contoh, kadang-kala anda mungkin akan dapat melihat aplikasi berbentuk permainan yang meminta akses ke buku alamat, dan beberapa aplikasi yang meminta akses untuk pelbagai perkara yang tidak diperlukan untuk ia berfungsi. Kadang-kala masalah ini timbul kerana masalah kod ketika pengaturcaraan – dan anda boleh mengambil tidak untuk memasangnya, dan menghantar emel kepada pembangun bagi memberitahu mengenai masalah tersebut. Pada masa yang sama, anda juga turut boleh melakukan semakan berkala kepada aplikasi yang sedia terpasang pada peranti mudah-alih anda. Salah satu aplikasi yang membantu dalam perkara ini adalah aplikasi Permission Friendly Apps. Menggunakan aplikasi berkenaan, anda akan dipaparkan dengan akses yang dipohon oleh sesuatu aplikasi yang terdapat pada peranti mudah-alih anda. Anda kemudiannya boleh memilih untuk membuang aplikasi berkenaan, ataupun kekal menggunakannya.

 
Leave a comment

Posted by on March 25, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s