RSS

OpenSignal : LTE Di Malaysia Lebih Pantas Berbanding Amerika Syarikat Dan Jepun

25 Mar

4G LTE merupakan teknologi rangkaian baru yang telah mula diimplementasikan di Malaysia dan pelbagai negara sejak beberapa tahun yang lepas. Boleh dikatakan fasa pengenalannya masih lagi pada peringkat permulaan, dan di Malaysia, hanya segelintir kawasan sahaja yang diliputi dengan rangkaian 4G LTE. Terkini, pihak OpenSignal telah mengeluarkan laporan terkini mereka berkaitan dengan dunia rangkaian LTE. Mereka mengumpulkan data daripada lebih 11 juta pengguna seluruh dunia yang mempunyai pelan LTE dan menggunakan aplikasi OpenSignal. Data telah dikumpulkan oleh OpenSignal bermula daripada November 2014 yang lepas sehingga bulan Januari 2015 ini. Pihak OpenSignal membahagikan data kepada dua faktor utama, iaitu masa penggunaan 4G LTE yang meliputi kawasan liputan rangkaian, dan juga kepantasan rangkaian. Di Malaysia, ia dilihat pengguna dari dua rangkaian terkemuka, Maxis dan Celcom telah menyertainya. Dari segi kawasan liputan, OpenSignal menggunakan data mengikut pengalaman pengguna dan bukannya berdasarkan kepada geografi. Melalui data yang dikeluarkan, ia dilihat Malaysia menduduki tangga lima yang paling teruk dalam menawarkan rangkaian yang konsisten kepada para pengguna. Dari segi negara yang baik, Korea Selatan dilihat menjadi negara yang menawarkan rangkaian yang amat baik, diikuti oleh Jepun dan pelbagai negara lain. Mengikut data setiap negara pula, Maxis dilihat hadir menawarkan liputan yang lebih baik berbanding dengan Celcom melalui data yang dikumpulkan oleh OpenSignal. Melalui kepantasan juga, Malaysia menduduki antara 10 negara dengan kepantasan yang lemah. Turut menduduki tangga yang menawarkan kepantasan muat-turun yang lemah adalah Jepun, Amerika Syarikat dan juga Arab Saudi. Untuk Malaysia, kelajuan muat-turun purata dilihat adalah sekitar 11Mbps, dan kelajuan yang ditawarkan oleh Maxis dan Celcom dilihat adalah serupa. Jikalau dibandingkan mengikut negara, Sepanyol dilihat mempunyai kelajuan muat-turun yang paling tinggi pada kadar 18Mbps, dan diikuti oleh Finland, Denmark dan Korea Selatan. Buat masa ini, rangkaian 4G LTE menawarkan kelajuan muat-turun yang paling pantas jikalau dibandingkan dengan 3G, mahupun HSPA+. Dalam beberapa tahun lagi, kita dijangka akan melihat rangkaian 4.5G dan diikuti oleh 5G. Apa pun, data yang dikumpulkan oleh OpenSignal ini boleh dikatakan tidak begitu menyeluruh, namun ia memberikan serba-serbi sedikit info berkaitan dengan dunia LTE pada masa kini.

 
Leave a comment

Posted by on March 25, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s