RSS

Galaxy S6 Dan Galaxy S6 Edge

28 Mar

Samsung Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka yang dinantikan ramai, iaitu Galaxy S6 dan juga Galaxy S6 Edge. Kedua-duanya membawakan pelbagai ciri-ciri dan spesifikasi terkini, dan bakal dijual di Malaysia bermula 17 April kelak. Samsung Galaxy S6 membawakan kemaskini pada rekaan peranti Samsung, dimana ia dilengkapi dengan bingkai berasaskan logam serta kerangka berasaskan kaca pada bahagian belakang. Skrin hadapannya digunakan menggunakan Gorilla Glass 4 yang tahan daripada calar. Samsung turut mengatakan rekaan mereka lebih 50% kukuh berbanding pelbagai peranti lain dari segi penggunaan logam dalam rekaan. Bersama-sama pengumuman Galaxy S6, Samsung turut memperkenalkan Galaxy S6 Edge yang membawakan bahagian tepi melengkung pada kedua-dua bahagian, tetapi tidak menyeluruh seperti pada Note Edge sebelum ini. Samsung turut mengemaskini rekaan antaramuka untuk TouchWiz pada Samsung Galaxy S6. Samsung mengatakan kini mereka memudahkan lagi antaramuka untuk pengguna, dan membuang pelbagai perkara yang tidak digunakan. Pelbagai ikon juga kini digantikan dengan teks, selain notifikasi yang lebih efektif berbanding kebiasaan. Samsung dilihat mengintegrasikan pelbagai elemen Android 5.0 Lollipop pada antaramuka ini, dan menggunakan kod warna untuk penggunaan tetingkap aplikasi – hijau untuk panggilan, ungu untuk video, dan jingga untuk buku alamat. Samsung turut sama menyertakan sokongan tambahan pada kamera untuk membolehkan anda merakamkan gambar dengan lebih cantik pada pelbagai keadaan. Perkara ini turut dijayakan dengan penggunaan sokongan penstabilan imej optikal yang terbina pada peranti ini. Pada bahagian belakang peranti, Samsung masih mengekalkan sensor nadi yang turut boleh digunakan untuk tujuan merakamkan gambar, ataupun untuk menghantar beberapa mesej pantas pada Galaxy S6 Edge. Dari segi spesifikasi, Galaxy S6 menggunakan cip pemprosesan 64-bit berasaskan 14nm yang membawakan pengoptimasian tenaga sehingga 35% berbanding Note 4 sebelum ini. Untuk memori pula, Galaxy S6 menggunakan memori LPDDR4 yang lebih 80% banding kebiasaan, sementara untuk storan pula ia menggunakan UFS 2.0 yang beroperasi lebih pantas. Galaxy S6 menggunakan skrin bersaiz 5.1-inci dengan paparan Quad HD – membawakan 55% lebih pixel berbanding dengan Galaxy S5. Samsung mengatakan dengan pengecasan selama 10 minit, pengguna boleh menggunakan peranti sehingga 4 jam lamanya. Selain pengecasan pantas, Samsung turut mengintegrasikan sokongan pengecasan tanpa-wayar pada peranti ini. Kamera belakang yang disertakan adalah sensor 16-megapixel F1.9 OIS yang membolehkan anda merakamkan gambar dengan jelas walaupun pada keadaan malap dan gelap. Beberapa mod khusus turut disertakan pada peranti ini, dan pengguna turut boleh mengakses kamera dengan dwi-tap pada Home Button di Galaxy S6 atau Galaxy S6 Edge. Bagi mereka yang inginkan ciri-ciri profesional, mod manual turut disertakan pada Galaxy S6. Ciri-ciri lain yang turut disertakan pada Galaxy S6 adalah termasuk sokongan S-Health, S-Voice, integrasi aplikasi Microsoft, dan juga Samsung KNOX. Tiada ruangan storan kad-SD yang disediakan, dan Samsung menggantikan ia dengan aplikasi OneDrive yang menawarkan ruangan percuma sebanyak 100GB selama dua tahun. Samsung akan mula menjual Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge bermula 17 April, dan mereka akan memulakan pra-tempahan bermula 3 Mac – iaitu eok. Beberapa pembeli pertama akan menerima pengecas tanpa wayar bernilai RM232 secara percuma. Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge akan ditawarkan dalam variasi 32GB, dimana Galaxy S6 akan dijual pada harga RM2599, sementara Galaxy S6 Edge pula pada harga RM3099

 
Leave a comment

Posted by on March 28, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s