RSS

Huawei P8

01 Apr

Huawei hari ini secara rasminya memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dibawah keluarga siri-P, iaitu Huawei P8. Siri-P telah dimulakan oleh pihak Huawei pada tahun 2012 yang lepas, dan bermula Huawei Ascend P6, ia telah dipasarkan secara meluas, dan Huawei P8 dijangka akan meneruskan tradisi peranti dengan rekaan premium daripada Huawei. Huawei menekankan Huawei P8 menawarkan rekaan yang premium dan moden, disamping pada masa yang sama menawarkan prestasi yang baik. Dari segi saiz skrin, Huawei P8 membawakan skrin bersaiz 5.2-inci. Huawei turut mengatakan skrin 5.2-inci ini menawarkan gambar yang lebih jelas, dan pada masa yang sama menggunakan tenaga kurang 15% berbanding kebiasaan. Pihak Huawei mengatakan ia direka untuk selesa dipegang pada tangan, dan ia turut membawakan rekaan unibody menggunakan logam. Untuk tujuan rakaman gambar, pihak Huawei menyertakan kamera 13-megapixel dengan sokongan OIS. Huawei turut menekankan yang mana sensor yang disertakan membawakan rakaman 4-warna, dan ia turut menyertakan pemproses imej khusus untuk membawakan rakaman gambar kualiti tinggi menyerupai pada kamera profesional. Huawei turut membuat perbandingan hasil rakaman mereka dengan beberapa kamera peranti lain – terutamanya iPhone 6 Plus. Ia dilihat Huawei P8 menawarkan kualiti rakaman yang lebih jelas dan terang, termasuk pada keadaan cahaya gelap berbanding pesaing mereka yang lain. Untuk mod kamera juga, pihak Huawei menyertakan beberapa mod khusus yang membolehkan pengguna P8 merakamkan gambar seumpama jurugambar profesional dengan pantas dan mudah. Sebuah mod khusus turut disertakan oleh Huawei untuk rakaman gambar dinamakan sebagai Director Mode. Ini membolehkan sebanyak tiga peranti dihubungkan ke Huawei P8, dan anda boleh merakamkan gambar daripada empat sudut berbeza dengan mudah dan segera. Selain kamera dan rekabentuk, Huawei juga dilihat memfokuskan kepada bahagian rangkaian pada peranti ini. Huawei menambah baik sokongan WiFi terbina untuk mengenal-pasti rangkaian WiFi terbaik berdasarkan kedudukan semasa anda, selain turut mengatakan fungsi rangkaian kini berfungsi lebih pantas dalam mengenal-pasti pusat pemancar – amat berguna jika anda anda sering menggunakan mod perayauan ketika berada di luar negara. Disamping itu, Huawei P8 juga turut menggunakan sokongan kad-SIM kedua berbentuk hibrid, dimana anda boleh menggunakannya sebagai ruangan SIM ataupun sebagai ruangan untuk mikro-SD. Huawei turut mengatakan mereka kini menggunakan skrin dengan sokongan Rich Touch, yang membolehkan anda menggunakan buku jari utuk membuat beberapa fungsi gesture, seperti rakaman gambar skrin dan sebagainya. Untuk masa bertahan bateri, Huawei mengatakan ia mampu bertahan sehingga 1.5 hari untuk penggunaan normal, dan mereka turut menyertakan sebuah fungsi khusus untuk mengelakkan sesuatu aplikasi menggunakan tenaga yang tinggi ketika berjalan di latar. Beberapa penambahan turut disertakan pada bahagian audio, memudahkan anda menyesuaikan keadaan bunyi dan speaker bergantung kepada keadaan sekeliling dan penggunaan anda. Beberapa perkara lain yang turut ditekankan oleh Huawei bersama-sama pengenalan Huawei P8 ini adalah sokongan nano-coating untuk melindungi anda daripada renjisan atau tumpahan air, selain turut menyertakan sebuah aksesori khusus berbentuk e-ink untuk memudahkan pembacaan tanpa memakan tenaga bateri yang tinggi. Huawei P8 akan dijual dalam dua variasi, iaitu dengan memori 3GB RAM dan ruangan storan 16GB pada harga 499 Euro (RM1960), atau dengan storan 64GB pada harga 599 Euro (~RM2354). Malaysia akan menjadi antara negara terawal yang menerima peranti ini.

 
Leave a comment

Posted by on April 1, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s