RSS

LeTV Hadir Dengan Telefon Pintar Pertama Menggunakan Pengecasan Berasaskan USB Type-C

01 Apr

USB Type-C telah menjadi salah satu bahan bualan ramai sejak penghujung tahun lepas, dimana pelbagai peranti baru mula mengintegrasikan penggunaan kabel baru yang boleh digunakan secara terbalik – berbeza dengan penggunaan kabel USB hari ini. Sebelum ini, Nokia N1, Apple Macbook dan Chromebook telah menggunakannya, dan kini LeTV menjadi pengeluar pertama yang menggunakannya pada telefon pintar. LeTV merupakan salah satu penyedia rangkaian video di China, dan mereka kini dilihat turut memfokuskan kepada arena peranti pintar. Tiga telefon pintar yang telah diumumkan baru-baru ini menggunakan ruangan pengecasan berasaskan USB Type-C adalah termasuk Le 1, Le 1Pro dan juga Le Max. Peranti utama diantara ketiga-tiganya adalah Le Max, dimana hadir dengan skrin bersaiz 6.33-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 810 2GHz, memori 4GB RAM LPDDR4, dan ruangan storan dalam pilihan 64GB atau 128GB. Peranti ini juga turut menggunakan sensor Sony 21-megapixel untuk rakaman, serta kamera hadapan Ultrapixel. Le Max menyokong dwi-SIM, dan hadir dengan bateri berkapasiti 3500mAh. Bagi yang inginkan peranti dengan skrin sedikit kecil, Le 1Pro ditawarkan dengan skrin 5.5-inci dengan paparan Quad HD, cip pemprosesan Snapdragon 810, memori 4GB RAM, ruangan storan dalam pilihan 32GB atau 64GB, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 4-megapixel Ultrapixel. Peranti ini turut menyokong dwi-SIM, 4G serta bateri berkapasiti 3000mAh. Untuk peranti berspesifikasi sedikit rendah berbanding Le 1Pro, pihak LeTV menawarkan Le 1, dimana ia hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, cip pemprosesan MediaTek Helio X10 2.2Ghz, memori 3GB RAM, kamera hadapan 5-megapixel, serta kamera belakang 13-megapixel. Peranti ini turut menggunakan bateri berkapasiti 3000mAh, serta hadir dengan sokongan dwi-SIM. Kesemua peranti ini hadir dengan Android 5.0 dengan antaramuka khusus daripada LeTV dinamakan EUI. Menjadi fokus ketiga-tiga peranti ini adalah sokongan USB Type-C, sekaligus menjadikan ia antara telefon pintar terawal menggunakan sokongan USB Type-C berbanding pelbagai pengeluar peranti terkemuka lain di dunia. Ketiga-tiga telefon pintar ini hanya disasarkan untuk pasaran China sahaja buat masa ini.

 
Leave a comment

Posted by on April 1, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s