RSS

SKMM : Tambah-Nilai Prabayar Akan Terus Dijual Dengan Penambahan GST, RM10 Pada Harga RM10.60

01 Apr

Penguatkuasaan GST sudah berlangsung hampir sebulan. Sejak dari hari pertama ramai yang mengalami kekalutan tentang harga barang baru. Selepas dijanjikan harga barang akan turun sebaliknya berlaku dan ini menimbulkan perasaan amarah di kalangan penduduk negara. Antara isu harga barang naik yang paling hangat ialah mengenai harga kad prabayar telefon. Pada awalnya pihak kerajaan mengatakan harga kad prabayar tidak harus dinaikkan. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengeluarkan kenyataan mahu mengheret syarikat telekomunikasi kerana menaikkan harga kad prabayar. Kemudian kenyataan ini ditarik semula dan kini harga GST dikenakan dengan syarikat telekomunikasi memberikan penambahan kredit sebanyak 6%. Bagi menyelesaikan kemelut harga pihak SKMM melakukan kajian bagi mencari jalan penyelesaiannya. Selang tiga hari pengenalan, Datuk Ahmad Maslan turut mengatakan harga tambah-nilai akan kembali seperti biasa bermula 1 Mei, tetapi kini melalui kenyataan SKMM, ia dilihat tidak akan berlaku. Jikalau mengikut kenyataan terdahulu Timbalan Menteri Kewangan kita, maka harga tambah-nilai sepatutnya kembali seperti pra-GST, dimana tambah-nilai RM10 dijual pada harga RM10 tanpa sebarang penambahan. Pihak SKMM hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan cukai GST akan dikekalkan ke atas kad prabayar sepanjang bulan Mei. Sebagai contoh kad prabayar dengan nilai kredit RM 10 akan dijual pada harga RM 10.60 selepas dikenakan GST. Harga baru ini dipilih selepas menerima maklum balas daripada pengguna yang mahu membayar lebih untuk nilai kredit RM10 dari membayar harga lama RM10 dan hanya menerima nilai kredit bernilai RM 9.43. Sungguhpun begitu pihak SKMM juga berkata keputusan muktamad berkenaan isu ini hanya akan dilakukan selepas kaji selidik yang dilakukan siap sepenuhnya. Hasil kajian kemudian akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menetapkan keputusan akhir pada minggu hadapan. Apa yang menyedihkan adalah kerana ia didapati interaksi antara agensi kerajaan dalam hal ini adalah agak lemah. Beberapa jam sebelum pengumuman daripada pihak SKMM ini, Datuk Ahmad Maslan melalui Twitter beliau mengumumkan harga tambah-nilai prabayar akan kembali seperti biasa pada 1 Mei ini. Perkara ini sekaligus menjadikan para pengguna tertanya-tanya berkenaan apakah pengumuman yang perlu diikuti mereka.

 
Leave a comment

Posted by on April 1, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s