RSS

Alpinestars Tech-Air : Sistem Beg Udara Untuk Penunggang Motosikal

07 Apr

Tech-Air-1Menurut data dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) jumlah kenderaan di Malaysia meningkat hampir 3.3 kali ganda di antara 1995 sehingga 2012. Di dalam tempoh yang sama jumlah kemalangan meningkat sebanyak 2.8 kali ganda mengakibatkan peningkatan kematian sebanyak 21%. Sebahagian besar kematian adalah melibatkan penunggang motosikal. Tren data menunjukkan jumlah kemalangan dan kematian yang semakin meningkat dari tahun demi tahun. Cara pemanduan rakyat Malaysia yang merasakan diri mereka Superman dan tidak peduli tentang penggunaan alat keselamatan menjadi faktor utama mengapa ini berlaku. Alpinestar Tech-Air ialah sistem beg udara yang dicipta khas untuk penunggang motosikal. Sistem ini telah digunakan oleh penunggang MotoGP sejak 2009 dan hanya kini mula diperkenalkan untuk kegunaan awam. Jaket tunggangan Tec-Air akan mengembang apabila ia mengesan berlakunya kemalangan. Sensor hentakan dan pecutan diletakkan pada keseluruhan jaket. Beg udara terbina boleh mengembang sepenuhnya dalam masa  25 milisaat. Kawasan bahu, dada, tulang belakang, perut dan ginjal akan dilindungi oleh beg udara yang mengembang. Menariknya tentang Tech-Air ialah ia tahap pengembangan beg udara bergantung kepada jenis pelanggaran. Ia boleh mengesan pelanggaran dari belakang ketika penunggang dalam posisi statik dan apabila penunggang tercampak. Jaket ini akan berfungsi selama 25 jam sebelum perlu dicas. Alpinestar Tech-Air akan dijual musim bunga ini bermula di Eropah. Harga jualan beg udara penunggang motosikal ini ialah €1200 (RM 4800) . Selain masalah sikap di kalangan pengguna jalan raya masalah kedekut untuk berbelanja demi keselamatan juga harus kita kikis. Sebagai contoh selepas insiden tragis melibatkan MyVi di DUKE tempohari ramai rakyat Malaysia enggan menggunakan tali pinggang dan kerusi kanak-kanak di dalam kenderaan. Faktor kos kerusi kanak-kanak yang mahal menjadi alasan utama mereka. Sebenarnya secara ikhlas kerusi kanak-kanak hanya berharga sekitar RM800. Kos pengurusan pengebumian dan kenduri arwah boleh mencecah RM3000. Jadi anda fikirkanlah perbelanjaan manakah yang lebih bagus untuk jangka masa panjang.

 
Leave a comment

Posted by on April 7, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s