RSS

Dapur Pintar IKEA Menjelang 2025

07 Apr

Syarikat bebola daging Sweden IKEA juga terkenal dengan penghasilan perabot mesra pengguna yang digemari penduduk kawasan bandar. Produk keluaran mereka sangat sesuai untung penghuni bandar yang tinggal di dalam rumah yang mempunyai ruang yang kecil. Penggunaan ruang yang bijak oleh perabot IKEA boleh memberikan ilusi rumah anda lebih besar dari sepatutnya. Mereka juga sudah mula menjual perabot dengan sistem pengecasan tanpa wayar terbina. Kini mereka menghasilkan konsep dapur pintar masa hadapan IKEA Concept Kitchen 2025. IKEA bekerjasama dengan firma rekaan industri terkemuka Ideo untuk menghasilkan konsep dapur pintar ini.  Menurut konsep ini dapur masa hadapan bukan sahaja lebih pintar dan menjimatkan ruang tetapi pada waktu yang sama lebih mesra alam dari dapur kita sekarang. Meja makan mempunyai dwi fungsi. Ia turut menjadi tempat penyediaan makanan. Apabila bahan-bahan diletakkan di atas meja pintar ini, ia akan mengesan objek yang diletakkan dan kemudian mencadangkan resipi yang berkaitan. Sistem projektor memancarkan paparan terus pada permukaan meja. Selain daripada itu di masa hadapan mesin sejuk tidak lagi diperlukan kerana ianya tidak mesra alam. Sebaliknya makanan segar dihantar secara terus ke rumah dengan menggunakan dron. Makanan diletakkan di atas para pintar yang boleh memberitahu pengguna bila ianya mula rosak. Ia kemudian akan memesan makanan baru . Air dari sinki dikitar semula menjadi sumber air untuk sayur-sayuran segar yang ditanam di dalam taman sayur terbina. Akhir sekali terdapat sistem kitar semula sampah organik dan plastik bagi mengurangkan jumlah pembuangan sampah dari setiap dapur. Konsep masa depan yang menarik untuk negara berhawa sejuk seperti Sweden. Di Malaysia jika tiada peti sejuk makanan pastinya mudah rosak. Tetapi konsep meja pintar yang boleh mengajar anda memasak ini sangat menarik bagi individu yang hanya tahu memasak mee segera seperti kami.

 
Leave a comment

Posted by on April 7, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s