RSS

LG G4 Diperkenalkan

07 Apr

LG G4 telah tertiris beberapa kali sebelum ini, dan kini pihak LG Electronics secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, LG G4 secara rasmi, dan akan mula dijual bermula dari Korea Selatan. Pihak LG masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan penawaran di Malaysia buat masa ini. LG G4 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 808, skrin bersaiz 5.5-inci Quad HD pada resolusi 2560×1440 pixel, memori terbina 32GB eMMC, memori 3GB RAM, dan ruangan kad-SD. Untuk rakaman gambar, ia membawakan kamera belakang 16-megapixel dengan sokongan f1.8 serta OIS, dan kamera hadapan 8-megapixel dengan sokongan f2.0. LG mengatakan kamera pada LG G4 turut dilengkapi teknologi CSS (Color Spectrum Sensor) yang menambah baik rakaman warna pada gambar serta mengenal-pasti warna RGB dengan baik. Beberapa sokongan gesture turut disertakan, termasuk untuk rakaman selfie menggunakan kamera hadapan. LG G4 turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3000mAh yang boleh ditanggalkan, selain turut dilengkapi sokongan 4G LTE. Disamping spesifikasi terkini dan menjadi peranti pertama berasaskan Snapdragon 808, pihak LG turut menyertakan antaramuka UX 4.0 pada peranti ini yang hadir dengan beberapa fungsi khusus seperti Quick Shot (membolehkan pengguna merakamkan gambar dengan dwi-tap butang pada bahagian belakang), aplikasi galeri baru yang lebih baik, Smart Notice untuk notifikasi yang lebih peribadi, serta Quick Help untuk bantuan dan jawapan kepada pelbagai persoalan anda. LG juga turut melengkapkan pengguna dengan storan percuma 100GB – sama seperti HTC One M9+. Pihak LG masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan penawaran tempatan buat masa ini. Kami berharap agar pihak LG tidak menunggu tempoh yang lama seperti LG G3 sebelum ini, dan berharap ia memasuki pasaran tempatan dengan lebih pantas lagi.

 
Leave a comment

Posted by on April 7, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s